Utusan Online - Luar Negara |
Rasuah tetap berleluasa di bulan Ramadan Posted: Rasuah tetap berleluasa di bulan RamadanJAKARTA 6 Ogos - Bagi umat Islam, bulan Ramadan merupakan penuh barakah di mana umat Islam mengambil kesempatan untuk memperbanyakkan ibadah dan amalan kebaikan. Namun, berlainan pula yang berlaku di Indonesia, apabila bulan suci ini tidak membawa sebarang makna, kerana gejala rasuah tetap berlaku sepanjang masa, termasuk pada bulan Ramadan ini. Rita, seorang pelanggan di pejabat Jabatan Pengangkutan di Jakarta Selatan yang mahu membuat lesen memandu buat kali pertama terpaksa menggunakan 'orang tengah' untuk memudahkannya mendapatkan lesen memandu dalam tempoh sehari. "Saya memberikan wang kira-kira 500,000 rupiah (RM176) kepada 'orang tengah'," katanya kepada Jakarta Post. Jika mengikut peraturan dia perlu menjalani beberapa prosedur seperti memandu dan ujian psikologi, yang akan memgambil masa yang panjang. Rochim yang merupakan antara orang tengah di pejabat itu memberitahu beliau mengenakan bayaran 550,000 rupiah (RM194) untuk membantu mendapatkan lesen memandu dengan mudah dalam tempoh sehari. Sementara itu, seorang pengunjung terkejutnya dengan aktiviti rasuah yang berleluasa di pejabat itu, walaupun ketika bulan Ramadan, sambil tersenyum dia hanya menjawab, bulan puasa tidak akan mengubah apa-apa di sini. - AGENSI |
Pelantikan Yingluck disah Isnin Posted: Pelantikan Yingluck disah IsninBANGKOK 6 Ogos - Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej dijangka memberi perkenan kepada Yingluck Shinawatra (gambar) dan mengesahkan pelantikannya sebagai Perdana Menteri baru negara ini, petang Isnin ini. Sekretariat Parlimen dimaklumkan oleh Pejabat Setiausaha Sulit Raja Bhumibol Adulyadej akan membenarkan Speaker Dewan, Somsak Kiatsuranont untuk menerima perkenan raja pada pukul 5.30 petang waktu tempatan Isnin ini di Bangunan Chalerm Phrakiat di hospital Siriraj. Yingluck hari ini berehat di kediamannya di Bangkok bagi menunggu perkenan itu selepas memperolehi 296 undi daripada ahli Parlimen, semalam untuk dipilih sebagai Perdana Menteri wanita pertama Thailand. Sementara itu, bekas Perdana Menteri Abihisit Vejjajiva, hari ini dilantik semula mengetuai Parti Demokrat, parti yang kini menjadi parti pembangkang. Sehari selepas Yingluck memperolehi kelulusan Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri baru, Parti Demokrat melantik semula Abhisit menjadi pemimpin mereka dalam pemilihan yang tidak berhadapan dengan sebarang tentangan. "Beliau adalah orang yang paling layak," kata ahli veteran, Marut Bunnag kepada anggota parti lain dalam mesyuarat di Bangkok, sebelum Abhisit memenangi 96 undi dalam pengundian. Abhisit yang menjadi Perdana Menteri pada Disember 2008 meletak jawatan bulan lalu sebagai ketua Parti Demokrat selepas parti pimpinannya itu tewas dalam pilihan raya umum Thailand pada 3 Julai lalu. - AFP/AGENSI |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan