Sabtu, 6 Ogos 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Mr Bean nyaris maut

Posted: 05 Aug 2011 08:45 AM PDT

BRITAIN: Aktor Rowan Atkinson nyaris maut malam tadi apabila kereta mewah yang sedang dipandu laju, terbabas.

Kereta mcLaren F1 yang berharga 650,000 pound (RM3.2juta) berpusing beberapa kali, merempuh sebuah pokok dan tanda jalan sebelum terbabas ke jalan yang bertentangan dan terbakar.

Bintang Mr Bean yang berusia 56 tahun berjaya keluar dari keretanya dan dibantu oleh pengguna jalan raya yang ada di situ ketika kejadian sehingga bantuan kecemasan tiba di jalan raya A605 di Haddon, dekat Peterborough, Cambridgeshire kira-kira jam 7.30 malam.

Anggota bomba mengawal kebakaran dan pasukan ambulans pula membawanya ke hospital dekat Peterborough. Keadaannya dikatakan beransur pulih.


Ini bukan kali pertama bintang Blackadder itu terlibat dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan kereta mewah yang boleh mencecah kelajuan 0-60bsj dalam masa tiga saat.


Kereta itu dibeli setelah filem Mr Bean berjaya di pawagam. Pada tahun 1999, setahun selepas itu, dia terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah Rover Metro di Lancashire.

Rowan memang meminati kereta laju dan telah menulis beberapa artikel untuk sebuah majalah khas tentang kereta.

Dia suka bertukar kereta dan memiliki sebuah Aston Martin Virage berharga 125,000 pound (RM613,319), Rolls-Royce vintaj dan Morris Traveller yang biasa dipandu di sekitar kampung Oxfordshire berdekatan dengan rumahnya yang berharga 1 juta pound (RM5 juta).

Jurucakap Perkhidmatan Ambulans England Timur mengesahkan kemalangan semalam.

Katanya, "Seorang lelaki telah dihantar ke hospital selepas kereta yang dinaiki terbabas. Dia mengalami kecederaan ringan."- DM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Remaja pandu 1,200 km untuk pujuk teman wanita

Posted: 05 Aug 2011 08:40 AM PDT

JERMAN: Seorang remaja Jerman berusia 15 tahun yang patah hati, mencuri kereta bapanya dan memandu sejauh 1,200 kilometer dari Austria ke utara Jerman untuk memujuk teman wanitanya, semalam.

Polis Jerman berkata, remaja itu yang sedang bercuti dengan keluarganya di Austria telah bertengkar dengan teman wanitanya di laman sosial.


Teman wanitanya berada di Flensberg, dekat dengan sempadan Jerman-Denmark.

Remaja lelaki itu terus mengambil kunci kereta baru bapanya dan memandu selama dua hari ke Flensburg.


Keluarga remaja terus menelefon polis tetapi tidak menemui remaja itu sepanjang perjalanan ke sana. Remaja itu ditahan sebaik saja tiba di rumah kawannya di Flensburg. Remaja itu akan didakwa kerana memandu tanpa lesen.


Umur memandu minimum di Jerman adalah 17 tahun dan dapat lesen memandu apabila berumur 18 tahun. - AFP.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan