Kosmo Online - Dunia |
- Rusuhan merebak di tiga bandar Britain
- Wayne Rooney rayu keganasan dihentikan di London
- Ratusan ribu kanak-kanak mungkin mati di Afrika Utara
Rusuhan merebak di tiga bandar Britain Posted: Rusuhan merebak di tiga bandar BritainSEORANG anggota bomba memadamkan kebakaran di sebuah kedai perabut di Croydon, selatan London semalam. LONDON, Britain - Keganasan merebak ke seluruh bandar raya ini dan sekurang-kurangnya tiga bandar lain semalam ketika polis bertempur dengan ribuan perusuh dan perompak yang memaksa Perdana Menteri David Cameron pulang ke Britain untuk berdepan dengan krisis itu. Cameron menamatkan percutiannya di Itali dan kembali ke Britain untuk mempengerusikan mesyuarat semalam dengan Jawatankuasa Kecemasan Kerajaan mengenai rusuhan itu. Banyak bangunan dibakar di Croydon, Peckham dan Lewisham, selatan bandar ini dengan kumpulan penjarah meronda jalan-jalan raya di Hackney di timur, Clapham di selatan, Camden di utara dan Ealing di barat. Selain bandar raya ini, rusuhan turut berlaku di bandar raya Liverpool, Birmingham dan Bristol. Polis Scotland Yard memberitahu, ia telah mengerahkan 1,700 anggota tambahan untuk menangani kekacauan di sini iaitu yang terburuk sejak beberapa tahun lalu. Polis turut menggunakan sejumlah kereta berperisai untuk menyuraikan perusuh. Beratus-ratus anggota polis pencegah rusuhan memasuki Hackney untuk cuba mengawal keganasan di daerah berkenaan yang terletak cuma beberapa kilometer dari lokasi temasya Sukan Olimpik 2012 yang bakal berlangsung. Menjelang malam, pasukan polis membawa baton memaksa kumpulan belia berundur manakala penduduk tempatan yang berharap untuk pulang ke kediaman mereka tersekat di belakang kepungan polis. Di Croydon, sejumlah bangunan di seluruh blok terbakar termasuk sebuah premis perniagaan berusia 100 tahun yang menjual perabut dengan api terus marak. Penduduk setempat dipindahkan kerana api yang merebak manakala akhbar Guardian memetik seorang anggota polis yang berada di lokasi kejadian sebagai berkata: "Kami tidak boleh bertahan, ia semakin teruk." Keganasan bermula pada Sabtu lepas di kawasan penempatan berbilang etnik di Tottenham, utara bandar raya ini selepas seorang lelaki kulit hitam berusia 29 tahun di tembak mati oleh polis dua hari sebelum itu. Menurut Setiausaha Dalam Negeri, Theresa May, situasi yang berlaku di negara itu tidak pernah dilihat sejak lima tahun lalu. "Kami perlu menamatkan dan kami perlu mengakhirinya dengan segera," katanya kepada stesen televisyen Sky News. Menurutnya, lebih 450 orang ditangkap di London sejak rusuhan berlaku selama tiga hari berturut-turut. Scotland Yard menyatakan, bilik-bilik penjara sudah penuh dengan para banduan di London dengan para tahanan dipindahkan ke balai polis lain. Kira-kira 6,000 anggota polis ditempatkan di London kelmarin tetapi mereka masih gagal untuk mengekang keganasan. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Wayne Rooney rayu keganasan dihentikan di London Posted: Wayne Rooney rayu keganasan dihentikan di London
LONDON - Penyerang skuad bola sepak England, Wayne Rooney semalam merayu supaya keganasan ditamatkan di London sehingga menjejaskan perlawanan bola sepak antara skuadnya itu dengan Belanda. "Rusuhan ini adalah gila, kenapa terdapat orang yang melakukannya untuk menyerang negara sendiri, bandar kita," kata Rooney dalam mesejnya di Twitter. "Ini memalukan negara kita. Tolong hentikan," katanya. Pemain pertahanan England, Rio Ferdinand menggambarkan rusuhan yang berlaku buat kali ketiga berturut-turut itu sebagai satu kegilaan dan melontarkan soalan sama ada askar-askar perlu diletakkan di jalan-jalan raya di ibu kota Britain. "Ia kelihatan seperti budak-budak, orang ramai tidak takut atau menghormati polis. Mungkin pihak tentera akan mendapat penghormatan itu? kata Ferdinand di laman Twitter.- AP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Ratusan ribu kanak-kanak mungkin mati di Afrika Utara Posted: Ratusan ribu kanak-kanak mungkin mati di Afrika UtaraDADAAB, Kenya - Ratusan ribu kanak-kanak Somalia mungkin meninggal dunia di Afrika Timur akibat kebuluran kerana kemarau kecuali lebih banyak bantuan diberikan, kata seorang pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) kelmarin. Pegawai kanan AS itu, Raj Shah berkata, masyarakat antarabangsa mempunyai peluang unik untuk menyelamatkan nyawa puluhan ribu kanak-kanak di Somalia. Sebelum ini, menurut AS, lebih 29,000 kanak-kanak yang berumur di bawah lima tahun telah meninggal dunia sejak 90 hari lalu di selatan Somalia. Menurut Shah, kebuluran itu berlaku akibat kemarau manakala pemerintah di negara itu tidak mampu memberikan bantuan kepada rakyatnya sendiri. Sementara itu, AS mengumumkan menawarkan bantuan sebanyak AS$105 juta (RM319.2 juta) untuk membantu negara-negara di Afrika Timur yang dilanda kemarau. "Presiden (Barack Obama) telah meluluskan tambahan AS$105 juta untuk usaha-usaha bantuan kemanusiaan dengan segera di negara-negara Tanduk Afrika," kata jurucakap White House, Jay Carney dalam satu kenyataan. "Bantuan AS akan berterusan membiayai keperluan segera yang diperlukan iaitu makanan, kesihatan, perlindungan air dan kebersihan kepada sesiapa yang amat memerlukan bantuan," tambahnya. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan