Harian Metro: Global |
Pemberontak siap gempur Zuwarah Posted: 26 Aug 2011 10:31 AM PDT SABRATHA: Pemberontak semalam bersiap sedia untuk apa yang mereka jangka pertempuran sengit terakhir di barat Libya, memecahkan kepungan tentera Gaddafi di bandar Zuwarah dan membuka laluan Tripoli-Tunisia. "Insya-Allah kami akan menamatkannya secepat mungkin," kata Anwar Elmeshri pemerintah pemberontak yang bertanggungjawab terhadap operasi itu.
Mereka menawan bandar itu hujung minggu lalu tetapi kini dikepung oleh tentera yang setia kepada bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.
"Pejuang di Zuwarah merayu rakan mereka di Zintan dan wilayah lain supaya menghantar pasukan tambahan," kata Abdu Salem, penyelaras tentera pemberontak di Zintan, bandar di tenggara Zuwarah.
Dalam pada itu, hospital di Zawiyah dilapor turut bersiap sedia untuk menerima mangsa peperangan yang cedera apabila pertempuran bermula, kata Abdullatef Gadi, anggota majlis tempatan yang ditubuhkan selepas bandar yang terletak 60 kilometer ke timur Zuwarah itu di bebaskan Sabtu lalu.
|
Tentera kerajaan dituduh rogol kanak-kanak Posted: 26 Aug 2011 09:36 AM PDT LONDON: Tentera penyokong kerajaan Libya didakwa merogol kanak-kanak, manakala pemberontak menjadikan pekerja warga asing sebagai tahanan, lapor Amnesty International (AI) semalam. Menggesa kedua-dua pihak menghormati hak asasi tahanan, AI berkata, delegasinya menemui bukti budak lelaki dalam tahanan di Penjara Abu Salim dibawa keluar dari sel mereka untuk diliwat.
"Ada dua budak mengadu dia dirogol berkali-kali," katanya.
"Bagaimanapun, wakil AI diberitahu tahanan, mereka adalah pekerja asing," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan