Harian Metro: Global |
Posted: 10 Aug 2011 08:11 AM PDT LONDON: Rusuhan terburuk dalam sejarah Britain sejak beberapa generasi, kini merebak ke bandar lain semalam, sementara tiga lagi terbunuh ketika mempertahankan komuniti mereka. Walaupun London kini tenang ekoran penempatan lebih ramai polis di jalan bandar raya itu, perusuh menyerbu tengah Manchester dengan membakar serta merompak kedai di situ.
Laporan mendakwa, mangsa baru saja meninggalkan masjid dan melindungi komuniti mereka ketika kejadian berlaku.
Polis menahan lebih 1,100 orang di seluruh negara kerana terbabit dalam keganasan, kekacauan dan mencuri sejak rusuhan tercetus pada Sabtu di Tottenham, utara London.
Datuk Bandar London, Boris Johnson, menggesa kerajaan mempertimbangkan semula cadangan mengurangkan jumlah polis sebagai sebahagian daripada langkah berjimat-cermat dan mengurangkan defisit bajet negara.
|
Cameron ikrar kembalikan keamanan Posted: 10 Aug 2011 08:09 AM PDT LONDON: Perdana Menteri Britain, David Cameron, berkata kerajaan tidak akan membiarkan "budaya ketakutan" menguasai jalanan negara itu dan polis menyediakan pelan sokongan bagi menangani rusuhan, jika perlu. "Kerajaan akan melakukan apa yang termampu bagi mengembalikan keamanan di jalanan kita. Tiada satu kemungkinan pun diketepikan, termasuk menggunakan meriam air yang selama ini tidak pernah digunakan di England," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan