Berita Harian: Dunia |
Posted: 11 Aug 2011 12:57 PM PDT Dunia Cameron janji hukuman setimpal cetus kekacauan, kerugian ditaksir RM960jLONDON: Perdana Menteri Britain, David Cameron, berjanji menghukum perusuh dalam kekacauan terburuk negara itu dan kerugian ditaksirkan mencapai £200 juta (RM960 juta) selepas ketegangan sejak hujung minggu lalu mengorbankan empat nyawa. Cameron yang membenarkan anggota polis melepaskan tembakan peluru getah dan meriam air jika perlu juga sedia menimbang tindakan mengehadkan penggunaan alat media sosial jika ia didapati membantu 'keganasan, kekacauan dan jenayah.'Kepada mereka yang tidak mematuhi undang-undang termasuk penjenayah, saya mahu berkata bahawa kami akan kesan dan tahan kamu, kami akan hukum kamu. - David Cameron, Perdana Menteri Britain "Usaha bertindak balas sudah bermula," katanya dalam sesi kecemasan Parlimen yang mengakui bilangan anggota polis dan taktik keselamatan gagal menyekat keganasan daripada merebak dari London ke bandar lain."Kepada mereka yang tidak mematuhi undang-undang termasuk penjenayah, saya mahu berkata bahawa kami akan kesan dan tahan kamu, kami akan hukum kamu. "Kamu perlu terima padahnya atas apa yang kamu lakukan," kata Perdana Menteri Britain itu yang mengekalkan kawalan 16,000 anggota polis di London. Pegawai juga berkata, mereka sedang berbincang dengan agensi perisikan dan syarikat komunikasi sama ada perkhidmatan mesej dapat dihentikan di kawasan tertentu pada masa tertentu. Beliau berjanji memberi pampasan kepada penduduk yang kehilangan rumah meskipun kediaman itu tidak ada perlindungan insurans. Cameron yang menunggu dua hari sebelum pulang daripada bercuti untuk menangani isu itu menafikan kekacauan itu ada kena dengan rancangan kerajaan mengurangkan perbelanjaan awam,. Pemimpin masyarakat berkata, jurang taraf hidup terlalu besar, pengurangan bajet perkhidmatan awam dan pengangguran di kalangan remaja adalah punca utama keganasan di Birmingham, Manchester dan bandar lain yang dihuni pelbagai etnik. "Kulit hitam, keturunan Asia , kulit putih tinggal dalam satu kawasan. Mengapa kita perlu bunuh sesama kita," kata Tariq Jahan yang kehilangan anaknya selepas dilanggar kereta oleh perusuh. Ramai penduduk Britain berang dengan keganasan yang meletus di tempat sendiri selepas kes seorang pelajar Malaysia diserang dan seorang wanita Poland melompat dari bangunan terbakar disiarkan di dada akhbar. – Reuters Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: 11 Aug 2011 12:51 PM PDT Dunia ALI al-Seriati (tengah), tiba untuk perbicaraan kedua di mahkamah di Tunis, minggu lalu. - Foto AFP TUNIS: Ketua keselamatan Tunisia yang berkuasa ketika pemerintahan Presiden Zine al-Abdine Ben Ali yang kemudian digulingkan, merayu rakyat negara itu memaafkannya ketika berada di mahkamah kelmarin. Ali al-Seriati dianggap rapat dengan pemimpin Tunisia dan ramai yang menuduhnya merancangkan keganasan selepas Ben Ali keluar dari negara itu pada 14 Januari berikutan protes popular. Beliau ditahan sebaik saja Ben Ali hilang kuasa dan tampil di mahkamah kelmarin dengan menghadapi dakwaan menyediakan pasport palsu kepada saudara mara pemimpin itu untuk membantu mereka lari.Beliau berdepan dengan tuduhan berasingan atas dakwaan cuba mencetuskan huru hara dan persengketaan dalaman selepas Ben Ali digulingkan. Seriati mengejutkan peguam di mahkamah kerana menjerit ketika prosiding perbicaraan hampir tamat dengan berkata: "Saya minta rakyat Tunisia memaafkan saya. Saya anak Tunisia dan saya sayangkan Tunisia." Ben Ali digulingkan selepas protes tercetus beberapa minggu yang menjadi inspirasi kepada gelombang kebangkitan Arab di seluruh Asia Barat dan Afrika Utara tahun ini.
Presiden Mesir, Hosni Mubarak dituduh terbabit dalam pembunuhan penunjuk perasaan dibicarakan awal bulan ini, dengan hadir di mahkamah dalam keadaan berbaring dalam kurungan tertuduh. Rakyat Tunisia mahu melihat Ben Ali dipenjarakan kerana kesalahan yang dilakukan sepanjang 23 tahun memerintah dan terhadap mereka yang mengambil bahagian dalam revolusi menentangnya. Mahkamah menangguhkan sehingga hari ini hukuman terhadap Seriati dan 23 saudara mara Ben Ali dan isterinya, Leila Trabelsi yang didakwa cuba keluar dari negara itu dengan membawa mata wang asing yang besar selain barang perhiasan. – Reuters Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan