Khamis, 4 Ogos 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Bedilan meriam isyarat buka puasa

Posted: 04 Aug 2011 02:44 PM PDT

Dunia

GABENOR Istanbul, Huseyin Avni Mutlu (tiga dari kiri) dan Mustafa Demir (empat dari kiri) menyalakan api untuk melepas bedilan meriam sebagai simbolik  masuk waktu berbuka puasa.

GABENOR Istanbul, Huseyin Avni Mutlu (tiga dari kiri) dan Mustafa Demir (empat dari kiri) menyalakan api untuk melepas bedilan meriam sebagai simbolik masuk waktu berbuka puasa.

Banyak negara Islam guna pelbagai cara umum waktu berbuka sejak zaman khalifah

MAKKAH: Ramadan sentiasa menjadi bulan keraian bagi umat Islam selain peluang bagi mereka membersihkan dosa dengan menahan lapar dan dahaga seperti golongan miskin.

Pada bulan ini juga, banyak tradisi diturunkan daripada generasi ke generasi seperti dilihat di banyak negara. Meskipun banyak yang sudah tiada, masih ada yang diteruskan hingga ke hari ini. Misalnya, pada zaman Nabi Muhammad SAW, mendengar laungan azan Maghrib adalah satu-satunya petunjuk bagi umat Islam untuk berbuka puasa.

Sejajar peredaran masa, Ramadan semakin berwarna-warni umpama pesta dan pada era Khalifah Umayyah mereka sering menggantung tanglung pada menara setiap masjid sebagai tanda waktu berbuka dan membawanya turun selepas itu, bagi mereka yang tidak dapat mendengar azan.

Kemudian muncul era Fatimid dan umat Islam memulakan satu tradisi baru sebagai tanda waktu berbuka sudah bermula iaitu dengan melepaskan bedilan meriam.

Kisah 'Meriam Ramadan' berbalik kepada masa Khalifah Fatimid di Kaherah. Beliau menerima senjata itu sebagai hadiah dan mengarahkan pembantu mencubanya. Eksperimen itu berlaku pada waktu matahari terbenam ketika hari pertama Ramadan.
Penduduk di Mesir menerimanya sebagai tanda berbuka puasa pada hari itu.
Sejak itu, khalifah berkenaan mengarahkan bedilan dilepaskan ketika matahari terbenam dan ia terus menjadi tradisi Ramadan.

Meriam berkenaan kemudian diletakkan pada tempat tertinggi dalam bandar supaya semua umat Islam dapat mendengar bedilan itu.

Tradisi ini tersebar ke banyak negara Islam termasuk Turki, Sudan, Maghribi, Syria, Jordan dan negara Teluk.

Lebih 70 tahun kemudian, umat Islam di Arab Saudi membuka tingkap untuk mendengar bedilan untuk berbuka.

"Saya percaya idea Meriam Ramadan diambil daripada Mesir di mana tradisinya lama bermula sebelum saya dilahirkan," kata Fatima Hashim, penduduk berusia 83 tahun.

"Zaman itu, kehidupan agak mudah dan jam adalah kemewahan yang jarang ditemui, justeru apabila tradisi ini datang kepada kami ramai agak teruja dan mereka yang tinggal jauh dari masjid dapat mendengar gema meriam," katanya. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan