Kosmo Online - Dunia |
- Sokongan ke atas PM Israel merosot
- Pembunuh gila Norway mungkin dipenjara 30 tahun
- Britain tukar pendirian kedudukan Gaddafi
Sokongan ke atas PM Israel merosot Posted: Sokongan ke atas PM Israel merosotSEJUMLAH penduduk menyertai tunjuk perasaan bagi membantah kenaikan harga barang dan hartanah di Tel Aviv kelmarin. BAITULMUQADDIS - Sokongan ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menurun susulan bantahan rakyat terhadap kos sara hidup di negara berkenaan yang melambung tinggi, menurut satu kaji selidik yang disiarkan semalam. Akhbar tempatan, Haaretz melaporkan bahawa kaji selidik terbaharu itu mendapati 32 peratus rakyat Israel berpuas hati dengan prestasi Netanyahu manakala 54 peratus lagi sebaliknya. Netanyahu yang mengetuai pentadbiran campuran yang diterajui parti pimpinannya, Parti Likud, menyatakan, beliau akan mengumumkan beberapa langkah bagi mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup tersebut. Harga barangan makanan di Israel melonjak lebih 40 peratus sejak beberapa bulan lalu termasuk harga keju kotej yang merupakan makanan ruji di negara itu. Selain produk makanan, harga petrol turut melambung kepada lebih AS$8 (RM23.65) untuk 3.7 liter manakala harga rumah pula jauh lebih mahal berbanding beberapa tahun sebelumnya. Sebuah flat dua bilik di sini atau bandar Tel Aviv kini berharga sekitar AS$500,000 (RM1.4 juta). Parti Likud kini menduduki 27 kerusi daripada 66 kerusi pentadbiran campuran Israel. Pilihan raya umum Israel dijadual diadakan pada tahun 2013. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Pembunuh gila Norway mungkin dipenjara 30 tahun Posted: Pembunuh gila Norway mungkin dipenjara 30 tahunANDERS BEHRING BREIVIK (kiri) menaiki sebuah kenderaan polis yang meninggalkan sebuah mahkamah di Oslo, Norway kelmarin. OSLO - Polis Norway boleh mendakwa seorang pembunuh 'gila,' Anders Behring Breivik atas dakwaan jenayah menentang kemanusiaan sekali gus menyebabkan dia dihukum penjara selama 30 tahun. Dia ditangkap selepas membunuh 76 orang pada minggu lalu. Breivik kini berdepan hukuman penjara 21 tahun kerana beberapa tuduhan melakukan keganasan selepas serangan bom dan tembakan pada Jumaat. Namun, ramai rakyat Norway menganggap hukuman penjara selama 21 tahun itu tidak cukup panjang. Pendakwa raya, Christian Hatlo kelmarin memberitahu sebuah akhbar tempatan, Aftenposten bahawa pendakwaan baharu itu merupakan satu kemungkinan. Undang-undang jenayah kemanusiaan dikuatkuasakan di Norway pada 2008. "Polis setakat ini menyatakan akan mendakwa lelaki itu kerana jenayah menentang keganasan tetapi beberapa dakwaan lain akan turut dipertimbangkan," kata jurucakap polis, Sturla Henreiksboe. Breivik mengaku melakukan serangan itu. Sebelum ini terdapat dakwaan dia melakukan serangan itu kerana terlalu bencikan kebangkitan penduduk Islam di Eropah. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Britain tukar pendirian kedudukan Gaddafi Posted: Britain tukar pendirian kedudukan GaddafiLONDON - Para pemimpin Britain didakwa menukar pendirian berhubung konflik Libya apabila Setiausaha Luar, William Hague kelmarin mengesahkan Britain telah membatalkan tuntutannya supaya pemimpin Libya, Muammar Gaddafi meninggalkan negara berkenaan. Hague memberitahu, walaupun Britain masih komited supaya Gaddafi diadili di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), masa depan pemimpin tersebut kini terletak di tangan rakyat Libya. Bercakap pada satu sidang media di sini bersama Menteri Luar Perancis, Alain Juppe, beliau berkata, Britain dan Perancis bersepakat sepenuhnya bagi menyokong campur tangan ketenteraan di Libya. Pada sidang media berkenaan, Hague memberi amaran bahawa Gaddafi mesti meletak jawatan, tidak berusaha untuk membunuh penduduk awam atau menghuru-harakan Libya selepas beliau berundur. Beliau bagaimanapun tidak mengulangi tuntutan sebelum ini bahawa pemimpin berusia 69 tahun itu perlu meninggalkan Libya. "Apa pun jalan penyelesaian berhubung konflik ini (Libya), jalan penyelesaiannya boleh diterima oleh rakyat Libya," katanya. "Rakyat Libya sendiri perlu menentukan masa depan mereka dan bukan kami (Barat)," tambah Hague. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan