Harian Metro: Global |
Posted: 26 Jul 2011 10:20 AM PDT TOKYO: Lelaki yang mengaku membunuh 76 orang dalam serangan di Oslo, Norway Jumaat lalu menyifatkan Jepun sebagai negara model dalam dokumen yang diedarkannya di Internet. Dia memuji negara matahari terbit itu kerana menjauhi dasar pelbagai budaya. lapor agensi berita rasmi Jepun, Kyodo.
Menurut Kyodo, dalam dokumen itu, Breivik juga memuji Jepun kerana tidak membenarkan ramai orang Islam berhijrah ke negara itu meskipun ia tidak tidak mengenakan sekatan khusus terhadap kumpulan etnik atau agama untuk berbuat demikian.
Anggota Parlimen beberapa parti utama menggesa langkah diambil untuk membuka pintu secara lebih luas tetapi tidak bertindak bersungguh-sungguh kerana bimbang mencetuskan kemarahan pengundi.
Breivik juga menyuarakan hasrat untuk menemui bekas Perdana Menteri Jepun, Taro Aso, konservatif berhaluan kanan yang dipetik oleh Kyodo dan media lain sebagai memuji Jepun kerana mempunyai 'satu bangsa, satu peradaban, satu bahasa, satu budaya dan satu kaum' ketika menjadi menteri Kabinet pada 2005.
|
Rancangan konsert Michael Jackson cetus perbalahan keluarga Posted: 26 Jul 2011 10:17 AM PDT [unable to retrieve full-text content]LOS ANGELES: Ibu Michael Jackson dan empat anaknya yang lain semalam mengumumkan konsert besar-besaran bagi memperingati mendiang raja pop berkenaan. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan