Berita Harian: Dunia |
Posted: 07 Jul 2011 02:51 PM PDT Dunia KEADAAN bas yang dilanggar keretapi di Lucknow ketika membawa rombongan pengantin, semalam. - Foto AFP LUCKNOW: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh semalam apabila sebuah kereta api terlanggar sebuah bas yang membawa rombongan perkahwinan di utara India, kata polis dan pihak berkuasa. Kemalangan berlaku pada waktu tengah malam di sebuah persimpangan di kawasan luar bandar Uttar Pradesh. "Seramai 33 orang terbunuh dan 24 yang lain cedera," kata pegawai polis tempatan, Rishi Bal Singh kepada AFP melalui telefon. Semua mangsa dipercayai berada dalam bas yang membawa sekurang-kurangnya 70 orang penumpang. Mereka yang cedera, termasuk mengalami kecederaan parah di kepala dan dada dibawa ke hospital daerah berhampiran kira-kira 30 kilometer dari tempat kemalangan."Pihak kami sudah bercakap dengan mangsa yang terselamat untuk mendapat maklumat lanjut. Keterangan mereka menunjukkan bahawa pemandu bas terbabit sama ada tidak melihat isyarat atau mendengar kereta api apabila beliau memutuskan untuk melintas," kata penyelia hospital, SK Seth kepada AFP. Bas yang lebih muatan itu membawa rombongan pengantin lelaki pulang dari sebuah majlis perkahwinan apabila ia dilanggar kereta api terbabit pada awal pagi semalam. Rakaman stesen televisyen rangkaian NDTV dari tempat kemalangan, kira-kira 300 km dari barat laut Lucknow, tenggara New Delhi menunjukkan kesan kemalangan di landasan dan pegawai polis membawa mayat yang ditutup dengan selimut dan dibawa dengan pengusung.
Sistem kereta api India masih lagi dalam bentuk perjalanan jarak jauh walaupun adanya saingan daripada syarikat penerbangan persendirian baru, membawa 18.5 juta penduduk setiap hari. Beratus-ratus kemalangan kereta api dilaporkan setiap tahun tetapi kemalangan ini disifatkan paling dahsyat sepanjang 2011. Pejabat Perdana Menteri, Manmohan Singh mengumumkan pampasan kepada mangsa bernilai 200,000 rupee (RM13,519) bagi setiap keluarga mangsa yang maut dan 50,000 rupee (RM3,379) bagi mereka yang cedera. Pada Mei tahun lalu hampir 150 orang terbunuh apabila sebuah kereta api ekspres penumpang ke Mumbai dari Kolkata tergelincir dari landasan dan berlanggar dengan keretapi dari arah bertentangan selepas dipercayai berlaku sabotaj oleh pihak tertentu. Pada Julai 2010 lebih 60 orang terbunuh dan 165 cedera apabila sebuah kereta api ekspres merempuh sebuah kereta api penumpang di stesen di West Bengal. Kemalangan paling buruk dalam sejarah di India adalah pada 1981 apabila sebuah kereta api menjunam ke sebuah sungai dalam kejadian di Bihar menyebabkan kira-kira 800 penumpang terbunuh. – AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
140,000 amah Filipina balik kampung Posted: 07 Jul 2011 02:51 PM PDT Dunia Arab Saudi henti permit kepada dua negara, galak ejen ambil pembantu rumah tempatanMANILA: Lebih 140,000 pekerja Filipina mungkin kehilangan pekerjaan mereka di Arab Saudi berikutan larangan terhadap pembantu rumah dan program untuk memaksa firma negara itu mengambil lebih ramai penduduk tempatan, kata menteri buruh Filipina semalam. Sekurang-kurangnya 20,000-50,000 pekerja domestik Filipina berada di negara itu boleh terjejas berikutan keputusan Arab Saudi yang diumumkan bulan lalu untuk menghentikan pemberian permit kerja kepada pembantu rumah Filipina dan Indonesia, kata Setiausaha Buruh, Rosalinda Baldoz. Pada masa sama, kira-kira 90,000 daripada 1.3 juta rakyat Filipina lain yang bekerja di sana akan terjejas dengan dasar baru yang dilaksanakan dengan memberi kuota lebih kepada buruh tempatan, walaupun majoriti mereka mempunyai kemahiran khusus yang akan menyebabkan kehilangan pekerjaan, katanya. "Biar kita tidak perkatakan mengenai semua yang akan dihantar pulang. Ia adalah mustahil. Anda tidak boleh menggantikan pekerja mahir," kata Baldoz kepada satu forum berita.Bagaimanapun, dasar Saudi berkenaan akan menjejaskan terutama kepada pekerja tidak mahir seperti buruh, penjaga, pemandu dan pekebun, katanya. Arab Saudi minggu lalu berkata mereka akan menghentikan pemberian permit kepada pembantu rumah Indonesia dan Filipina selepas gagal mencapai persetujuan mengenai syarat dikenakan negara itu. Baldoz berkata larangan pembantu rumah akan menjejaskan permohonan baru dan mereka yang sudah lama bekerja di sana.
Isu utama muncul berikutan tuntutan yang disokong undang-undang Filipina mengenakan gaji asas bulanan 400 dolar bagi pembantu rumah, katanya. Arab Saudi menolak gaji asas berkenaan. – AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan