Ahad, 26 Jun 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


AS komited bantu Filipina dalam isu Spratly

Posted:

AS komited bantu Filipina dalam isu Spratly

AS komited bantu Filipina dalam isu Spratly


GAMBAR dirakam Agensi Berita Vietnam yang disiarkan pada 14 Jun 2011 menunjukkan Pulau Phan Vinh yang dituntut Vietnam di Kepulauan Spratly. - AFP


WASHINGTON - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Rodham Clinton menegaskan bahawa AS komited terhadap pertahanan Filipina dan akan membekalkan negara berkenaan dengan persenjataan yang mampu ia miliki.

Kenyataan pada Khamis lepas itu dibuat Clinton susulan ketegangan di Laut China Selatan yang kian memuncak terutamanya melibatkan tuntutan bertindih ke atas Kepulauan Spratly.

Kawasan tersebut yang kaya dengan hasil minyak dan gas dituntut oleh Filipina, China, Taiwan, Vietnam, Brunei dan Malaysia.

Setiausaha Negara AS berkenaan bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya sama ada AS akan membantu Filipina jika berlaku serangan oleh China ke atas tentera negara itu berhampiran Kepulauan Spratly.

Beliau sebaliknya memberitahu, AS akan menghormati perjanjian pertahanan dengan sekutunya di Asia Tenggara itu.

"Saya tidak mahu membincangkan perkara berbentuk andaian tetapi saya mahu menegaskan komitmen kami (AS) terhadap pertahanan Filipina," kata Clinton pada satu sidang media di sini Khamis lepas selepas pertemuannya dengan Menteri Luar Filipina, Albert del Rosario.

Pada pertemuan tersebut, Rosario memaklumkan kepada Clinton bahawa China melakukan sembilan pencerobohan di perairan Spratly yang dituntut oleh Filipina sejak 25 Februari lalu.

Situasi berhubung tuntutan ke atas Kepulauan Spratly bertambah tegang selepas Vietnam turut terbabit dalam pertikaian diplomatik dengan China berhubung dua insiden di Laut China Selatan baru-baru ini.

Pada tahun 1988, beberapa pertempuran membabitkan tuntutan keatas Kepulauan Spratly antara China dan Vietnam telah meragut nyawa lebih 70 kelasi Vietnam. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wanita ada 'radar gay'

Posted:

Wanita ada 'radar gay'

Wanita ada 'radar gay'


KEINGINAN wanita mencari pasangan memberikannya naluri untuk mengecam kecenderungan seks lelaki.


TORONTO, Kanada - Sekiranya seorang wanita berkata, dia boleh mengecam lelaki gay dengan hanya memandangnya, dakwaan tersebut sememangnya benar, lapor sebuah akhbar semalam.

Sekumpulan saintis University Toronto, Kanada menyatakan, wanita memiliki naluri yang berfungsi seperti 'radar gay' untuk membantu mereka mengecam lelaki homoseks dengan hanya memandang wajahnya.

Kebolehan tersebut, kata mereka, paling kuat apabila wanita berada dalam fasa subur dan teruja untuk melakukan hubungan intim.

Penemuan unik itu berdasarkan tiga eksperimen melibatkan 40 wanita yang mana mereka diberikan gambar 80 lelaki mengandungi ekspresi wajah yang sama.

Para penyelidik seterusnya mendapati mereka dapat mengecam lelaki gay dan bukan gay dalam gambar-gambar itu.

Ketua kajian berkenaan, Profesor Nicholas Rule berkata, kebolehan semula jadi wanita dalam kajian itu didorong keinginan mereka untuk mencari pasangan dan memiliki anak.

"Namun, naluri wanita tidak ketara apabila dia diminta untuk mengecam kecenderungan seks wanita lain," katanya. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penderaan polis, tentera berleluasa di Indonesia

Posted:

Penderaan polis, tentera berleluasa di Indonesia

Penderaan polis, tentera berleluasa di Indonesia

JAKARTA - Penderaan fizikal terhadap orang awam oleh anggota polis dan tentera masih berleluasa di Indonesia dengan ramai mangsa takut untuk membuat aduan, kata sebuah pertubuhan hak asasi manusia semalam.

"Sejak Julai 2010 hingga Jun tahun ini, kami mendapati tujuh kes penderaan melibatkan tentera dan 23 kes lagi dilakukan anggota polis," kata penyelidik Suruhanjaya Mangsa Keganasan dan Kehilangan Manusia (Kontras), Papang Hidayat.

Pada Januari lalu, mahkamah tentera Indonesia memenjarakan tiga anggota tentera hingga 10 bulan kerana melakukan penderaan selepas satu klip video menunjukkan mereka menyeksa orang awam di wilayah Papua.

Dalam klip video berkenaan yang disiarkan di YouTube, askar-askar terbabit dilihat mencucuh kayu terbakar pada kemaluan seorang lelaki tidak bersenjata dan mengugut rakannya dengan menggunakan pisau ketika mereka disoal siasat mengenai lokasi tempat simpanan senjata. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan