Harian Metro: Global |
Posted: 25 Jun 2011 08:02 AM PDT LOS ANGELES: Dua tahun selepas kematiannya, waris Michael Jackson dilaporkan berdepan dengan risiko diabaikan apabila penjaga utama mereka yang juga kakak ipar Raja Pop itu dihalau dari rumah April lalu. Menurut Alejandra Jackson (gambar), selepas dia meninggalkan rumah menempatkan anak Michael - Prince, 14; Paris, 13; dan Blanket, 9 - kebajikan ketiga-tiga mereka terletak di tangan ibu Raja Pop terbabit, Katherine, dan pengasuh serta pengawal peribadi.
"Saya bimbangkan masa depan anak-anak Michael.
Alejandra, 41, tinggal bersama keluarga selebriti Jackson di Encino, California, selama dua dekad.
Kata Alejandra, dia sangat menyayangi anak Michael.
Hasil hubungan itu, pada 1989, mereka mendapat anak perempuan, Genevieve, tetapi berpisah sebelum anak kedua mereka, Randy Jr (kini 19 tahun) lahir.
Dia akhirnya diusir ekoran perselisihan faham dengan Jermaine mengenai bayaran sokongan untuk anak-anak Michael. - TS Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Cole ajak Cheryl mulakan hidup baru di Sepanyol Posted: 25 Jun 2011 08:01 AM PDT LONDON: Pemain pertahanan Chelsea, Ashley Cole, dilaporkan memujuk bekas isterinya, Cheryl, supaya mengikutnya memulakan hidup baru di Sepanyol. Media Britain semalam melaporkan, Cole yakin dia masih ada satu peluang untuk memenangi semula hati Cheryl sambil mencuba nasib dengan kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid atau Barcelona.
Bagaimanapun, gaya hidup mewah dan nafsu buas Cole menyebabkan hubungan itu berakhir pada 2010.
"Cole ada memberitahu rakannya, dia yakin masih mempunyai masa depan di luar England dan mahu memujuk Cheryl menyertainya," katanya. - TS Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan