Kosmo Online - Dunia |
Pergaduhan di acara berprestij Posted: Pergaduhan di acara berprestijSEORANG lelaki memegang botol arak (kiri) dalam detik-detik cemas pergaduhan yang berlaku dalam majlis Royal Ascot di bandar Ascot, Britain kelmarin. LONDON - Selama 300 tahun, acara perlumbaan kuda paling berprestij di Britain, Royal Ascot di bandar Ascot, Berkshire, Britain berlangsung dengan aman kecuali tahun ini apabila ia dicemari pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki bertatu dan seorang wanita selebriti, lapor sebuah akhbar semalam. Banyak kerusi rosak dan serpihan kaca bertaburan di lokasi kejadian di sini dengan seorang lelaki dilihat cuba untuk memukul lelaki lain dengan sebotol arak. Insiden itu berlaku selepas sekumpulan lapan lelaki memulakan pergaduhan tersebut di laman berhampiran sebuah bar di trek lumba kuda berkenaan. Para penonton yang ketakutan bergegas melarikan diri untuk mengelak daripada terkena pukulan. Lelaki-lelaki berkenaan yang mabuk dan disokong teman wanita masing-masing, mengambil kerusi dan botol arak untuk dijadikan senjata. Dalam kejadian yang berlaku kelmarin, majlis itu sepatutnya dipenuhi dengan kelakuan yang penuh bersopan santun kerana ia berlangsung pada Hari Wanita. Pada hari tersebut, golongan lelaki perlu menunjukkan kelakuan yang budiman di depan wanita. Punca pergaduhan masih tidak dapat dipastikan tetapi dua orang ditahan pihak berkuasa kerana terbabit dalam kekacauan itu. Royal Ascot merupakan pertandingan lumba kuda kegemaran ketua negara Britain, Ratu Elizabeth II tetapi acara berkenaan yang sebelum kini dihadiri lelaki-lelaki budiman, kini dicemari dengan pergaduhan. Ia merupakan acara yang dihadiri dengan lelaki berpakaian sut manakala wanita memperagakan pebagai jenis fesyen yang tidak menjolok mata. Namun, sejak akhir-akhir ini, standard tinggi tetamu perlumbaan itu mula dikritik seperti yang pernah dinyatakan oleh pengulas perlumbaan, Sir Peter O'Sullevan. Dia menyatakan bahawa kadangkala tetamu-tetamu di ruang utama dilihat menunjukkan tatu pada tubuh mereka. Menurutnya, perbuatan itu tidak sepatutnya dilakukan kerana ia tidak menghormati Ratu Elizabeth. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Program realiti tiada sambutan Posted: Program realiti tiada sambutanKATIE PRICE (tengah) menunggu kehadiran peserta untuk diuji bakat di London baru-baru ini. LONDON - Selebriti Britain, Katie Price malu besar apabila tidak ramai peserta hadir untuk uji bakat program realiti televisyen terbaharunya di sebuah pusat beli- belah di sini, lapor sebuah akhbar semalam. Menjangkakan beratus-ratus orang akan hadir dalam uji bakat program realiti televisyen pencarian model, Discovered By Katie Price, pembantu-pembantunya bertindak meletakkan sejumlah penghadang bagi mengelakkan kesesakan. Namun, ramalan mereka nyata meleset apabila cuma sekumpulan kecil peserta hadir untuk sesi uji bakat tersebut baru-baru ini. Wajah Price yang pernah mencipta nama sebagai model glamor, merah padam apabila pihak penganjur merayu orang ramai yang lalu lalang supaya turut mencuba nasib untuk program realiti berkenaan. "Keadaan pada hari itu teruk. Price berada di pentas sambil berpeluk tubuh manakala wajahnya merah padam seperti baru lepas kena tampar," kata sumber. "Pembantu-pembantunya merayu kepada pengunjung pusat beli- belah berkenaan supaya menyertai sesi uji bakat itu walaupun menyedari mereka langsung tidak layak menjadi seorang model," tambahnya. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Lady Gaga tidak serik tiru Madonna Posted: Lady Gaga tidak serik tiru Madonna
LOS ANGELES - Bintang pop, Lady Gaga dikatakan lebih banyak menciplak gaya ikon pop 80-an, Madonna dalam muzik video terbarunya, Edge of Glory, lapor sebuah akhbar semalam. Selepas dikritik kerana meniru gaya Madonna menerusi muzik video lagu Born This Way, penyanyi berusia 25 tahun itu nampaknya tidak serik dan sekali lagi menciplak gaya Ratu Pop tersebut. Menonjolkan imej seksi serta gaya tarian penuh provokatif, Edge of Glory diramal meletup, sekali gus mengungguli carta pop Amerika Syarikat (AS). Namun, sama ada imej baru Lady Gaga itu dapat diterima peminat Madonna, hanya masa dapat menentukannya. Penampilan Lady Gaga dalam muzik video tersebut mirip aksi Madonna dalam filem Who's That Girl yang ditayangkan pada 1987. Malah, gaya tariannya pula mengingatkan peminat kepada filem muzikal popular 1983, Flash Dance. Muzik video terbaru Lady Gaga itu yang disiarkan kelmarin di AS dilihat langsung tidak menonjol kecuali pakaiannya yang diambil daripada koleksi terbaru pereka fesyen terkenal, Gianni Versace. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan