Khamis, 2 Jun 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Cheryl enggan jadi boneka Cowell

Posted: 01 Jun 2011 11:17 AM PDT

LONDON: Cheryl Cole memutuskan semua hubungannya dengan Simon Cowell dengan alasan dia tidak mahu mengulangi kesilapan bekas kekasih penerbit program televisyen itu, Sinitta.

Ibu Cheryl, Joan Callaghan, ketika mengesahkan perkara itu berkata, anaknya bimbang Cowell hanya mengambil kesempatan ke atasnya.


Kata Joan, Cheryl tidak mahu menjadi boneka kepada Cowell demi mencapai cita-cita peribadi penerbit terbabit.

"Cheryl nekad meneruskan kerjaya tanpa apa-apa kaitan dengan Cowell," katanya kepada media, semalam.


Menurut Joan, Cowell mesti tampil dengan sesuatu yang sangat istimewa jika mahu bercakap semula dengan anaknya.


"Cheryl tak mahu menjadi seorang lagi Sinitta," katanya.

Sinitta, 42, ialah aktres dan penyanyi kelahiran Amerika Syarikat yang menghabiskan hampir keseluruhan hidupnya di Britain.


Dia menjalin hubungan romantik dengan Cowell pada 1986 dan tidak lama kemudian, kerjaya Sinitta melonjak naik dengan ketara.

Bagaimanapun hubungan mereka berakhir tidak lama kemudian.


Pada 2009, Sinitta membuat pengakuan terbuka mendakwa dia "mencintai Cowell sepenuh hati." Cheryl, 27, dilaporkan enggan melayan sebarang cubaan Cowell untuk menghubunginya selepas disingkirkan daripada rancangan X Factor versi Amerika Syarikat, baru-baru ini.


Dia juga tidak menonton rancangan Britain's Got Talent yang menyaksikan Cowell diejek penonton.


Sumber berkata, Cowell memang berjaya mencipta Cheryl menjadi bintang antarabangsa dan dipuja warga Britain.


"Tapi selepas diketepikan Cowell, Cheryl bertekad mahu membuktikan kemampuannya sendiri tanpa bantuan sesiapa," katanya.


Pengurus Cheryl di AS yang juga ahli kumpulan The Black Eyed Peas, Will.i.am, berjanji menjadikan janda Ashley Cole itu sebagai bintang dengan menggandingkannya dengan Usher, Rihanna dan Katy Perry. - TS

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Coleen gelar pengguna Twitter anjing selepas dihina

Posted: 01 Jun 2011 11:15 AM PDT

LONDON: Seorang pengguna Twitter menghina isteri Wayne Rooney, Coleen, sebagai "bodoh", manakala penyerang skuad bola sepak Manchester United itu "hodoh."

Dalam komen disiarkan dalam Twitter, seseorang menggunakan identiti sebagai Trickehvickeh berkata: "Lihatlah betapa bodohnya kamu dan betapa hodohnya suami kamu yang penipu itu!" Bagaimanapun, Coleen, 25, tidak berdiam diri, sebaliknya membalas penghinaan itu selepas mengetahui Trickehvickeh turut memuat naik gambarnya bersama Rooney di sebuah pub.


Kata Coleen: "Baru saja melihat gambar profil kamu! Anjing!" Seorang pengguna Twitter lain, DrPeterVenkman1, bertanya adakah benar Coleen memanggil Trickehvickeh anjing.

Namun, Coleen segera menjawab: "Kami tidak bercakap dengan kamu!!!" Sebagai reaksi segera terhadap komen Coleen, Trickehvickeh menjawab: "Kamu nampak seperti seekor tikus!" - TS

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan