Khamis, 2 Jun 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Punca wabak HUS terus jadi misteri

Posted: 01 Jun 2011 08:40 PM PDT

Dunia

TIMUN dibuang dijadikan makanan kambing di Malaga, Sepanyol selepas dikatakan tercemar dengan E.coli.

TIMUN dibuang dijadikan makanan kambing di Malaga, Sepanyol selepas dikatakan tercemar dengan E.coli.

16 orang di utara Eropah maut ketika 365 kes baru E.coli dilaporkan di Jerman

BERLIN: Pusat Kawalan Penyakit Jerman masih belum dapat mengenal pasti punca wabak Sindrom Hemolitik-Uremik (HUS) yang sudah menyebabkan kematian 16 orang di utara Eropah, ketika negara itu melaporkan 365 kes baru E.coli semalam.

Sebanyak 25 peratus daripada kes terbaru membabitkan kes HUS yang menyebabkan komplikasi darah dan buah pinggang akibat jangkitan E.coli, kata Institut Robert Koch Jerman. Wabak HUS itu yang terbesar pernah dialami Eropah, dipersalahkan terhadap kematian 16 orang di benua itu yang kebanyakannya baru kembali daripada kunjungan ke utara Jerman.

Setakat ini lebih 1,500 kes E.coli/HUS dilaporkan di Jerman dan pihak berkuasa masih belum mengenal pasti sumber jangkitan berkenaan.

Menteri Perlindungan Pengguna dan Pertanian Jerman Ilse Aigner menolak kritikan bahawa Jerman tersilap dalam menyalahkan timun dari Sepanyol sebagai sumber bakteria E.coli bahaya berkenaan.

"Siasatan mendapati bakteria E.coli dalam timun Sepanyol dan mengikut peraturan Eropah, kami perlu mendedahkan hasil siasatan itu segera," kata Aigner.
Namun pihak berkuasa di Hamburg Selasa lalu berkata E. coli yang ditemui dalam timun Sepanyol itu bukanlah jenis bahaya yang menyebabkan HUS.

Sepanyol semalam berkata ia sedang menimbang untuk menyaman pihak berkuasa di Jerman berikutan petani di negara itu rugi 200 juta Euro (RM863 juta) seminggu dan krisis itu boleh menyebabkan 70,000 orang hilang pekerjaan. – AP/Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tindakan Ahmadinejad pangku jawatan dikecam

Posted: 01 Jun 2011 08:37 PM PDT

Dunia

TEHERAN: Parlimen Iran berkata Presiden Mahmoud Ahmadinejad, mengambil tindakan menyalahi undang-undang apabila mengisytiharkan dirinya sebagai pemangku menteri minyak dan merujuk kes itu kepada pengadilan, langkah yang dilihat meningkatkan tekanan agar beliau melepaskan jawatannya.

Anggota parlimen yang kerap bertelagah dengan Ahmadinejad berhubung beberapa dasar utama, mengundi meluluskan satu laporan jawatan kuasa tenaga yang mendapati tindakan beliau 'jelas menyalahi peraturan' lapor agensi berita separuh rasmi Mehr, semalam.

Bulan lalu, Ahmadinejad memecat Menteri Minyak Massoud Mirkazemi, sebagai sebahagian daripada satu rancangan untuk menggabungkan beberapa kementerian untuk mengurangkan jumlahnya daripada 21 kepada 17, sekali gus menimbulkan kemarahan golongan konservatif yang memerintah. Presiden mempunyai kuasa untuk memecat menteri dan melantik pemangku bagi tempoh hingga tiga bulan sebelum mendapatkan pandangan parlimen. Ahmadinejad berkata tiada pihak patut terkejut dengan rombakan yang sudah dicadangkan sejak beberapa lama.

Bagaimanapun tindakan beliau mengisytiharkan dirinya sebagai pemangku menteri minyak dilihat sebagai cubaan untuk memperkukuh kuasa dan cengkaman terhadap hasil minyak dan cabaran kepada satu lagi pihak dalam kerajaan di republik itu.

"Tindakan menyalahi undang-undang dan terburu-buru ini akan menjejaskan kepentingan Republik Islam Iran pada peringkat antarabangsa. Presiden Ahmadinejad sebagai menteri minyak mengeluarkan beberapa arahan dan akan terus memberi arahan yang jelas menunjukkan campur tangan salah dengan sumber kewangan kerajaan," kata laporan jawatankuasa itu.

Majlis Syura yang menjadi badan pemerhati perlembagaan Iran sebelum ini berkata tindakan Ahmadinejad mengambil alih kementerian minyak adalah tidak sah. – Reuters


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan