Isnin, 27 Jun 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Aktivis diajar hadapi Israel

Posted: 27 Jun 2011 03:12 PM PDT

Dunia

KUMPULAN aktivis Afrika Selatan melambai ke arah orang ramai yang melancarkan perjalanan ke Gaza menggunakan jalan darat.

KUMPULAN aktivis Afrika Selatan melambai ke arah orang ramai yang melancarkan perjalanan ke Gaza menggunakan jalan darat.

Sukarelawan ke Gaza diminta tidak serang tentera, elak terjun laut

ATHENS: Tidak berada dalam kabin adalah langkah yang perlu diambil jika diserbu tentera Israel ketika berlayar dengan kapal Kanada, Tahrir yang mengambil bahagian dalam flotila bantuan ke Gaza.

Itu adalah antara taklimat yang diberi kepada aktivis Kanada yang menyertai flotila kedua ke Gaza. Laporan akhbar Haaretz, berdasarkan pengalaman serbuan bot Gaza yang berbeza dengan Mavi Marmara, aktivis dinasihat berada di atas dek, penumpang akan terdedah kepada keganasan fizikal beberapa minit daripada tentera yang dirasakan seperti berjam-jam.

"Berdasarkan pengalaman, tentera akan menuju ke kabin kapten, memijak kepala. Anda tidak perlu bergerak kerana mereka akan lihat anda sebagai penyerang.

"Komander mengetahui yang kita tidak bersenjata. Tetapi, tentera diberitahu sebaliknya," katanya kepada bakal penumpang flotila ke Gaza itu.

Aktivis perlu membuat ikrar bertulis untuk mengelak keganasan dan semua peserta perlu menandatanganinya.
Peraturan itu termasuk tidak memulakan sentuhan fizikal dengan askar, tidak terjun ke laut, tidak membaling objek ke arah tentera, tidak memulakan kebakaran, tidak menggunakan alat pemadam kebakaran melawan askar, tidak mempamerkan objek yang boleh dianggap sebagai senjata seperti kamera dan sebagainya.

Orang paling tua yang bercadang berlayar dengan kapal Kanada itu ialah wanita Amerika berusia 77 tahun. Malah, ada juga wanita dan lelaki berusia lebih 70 tahun. Sembilan lagi penumpang berusia 60-an dan kebanyakannya antara 40 hingga 60 tahun.

"Saya terpanggil dengan keadaan di Gaza dan komuniti antarabangsa yang berdiam diri terhadap sekatan berterusan," kata Lyn Adamson.

"Oleh kerana tiada langkah efektif daripada masyarakat antarabangsa untuk memberi tekanan kepada Israel dan Mesir untuk mengubah dasar, kami pada peringkat akar umbi perlu ambil tindakan," kata Adamson, 59, anggota pergerakan Quaker dari Toronto.

Aktivis turut dinasihat berada di dek kapal kerana gas pemedih mata lebih cepat hilang. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Air kencing ada bahan radioaktif

Posted: 27 Jun 2011 03:07 PM PDT

Dunia

Pencemaran radiasi ditemui di kalangan penduduk Fukushima

TOKYO: Seramai 15 penduduk Fukushima daripada kawasan luar dan bandar Kawamata didapati mempunyai lebih 3 milisievert radiasi dalam air kencing 15 penduduk yang mengesahkan pendedahan radiasi dalaman, lapor agensi berita Kyodo, kelmarin.

Kedua-dua kawasan terbabit terletak kira-kira 30 hingga 40 kilometer dari loji kuasa nuklear Fukushima No.1 yang melepaskan bahan radioaktif ke udara sejak kejadian 11 Mac lalu apabila gempa bumi disusuli tsunami menyebabkan teras utama kemudahan berkenaan lebur. "Ini bukan menjadi masalah jika mereka tidak memakan sayur atau produk lain yang tercemar. Tetapi, ini menandakan mereka semakin bermasalah jika meneruskan kehidupan di kawasan ini," kata Nanao Kamada, profesor madya biologi radiasi di Universiti Hiroshima.

Kamada bersama sepasukan doktor termasuk Osamu Saito dari Hospital Watari di bandaraya Fukushima menjalankan dua pusingan ujian terhadap setiap penduduk pada awal dan akhir Mei, menggunakan sampel air kencing daripada 15 penduduk berusia antara 4 dan 77 tahun.

Kesan radioaktif ditemui pada kedua-dua ujian yang dijalankan kepada setiap penduduk. Iodin radioaktif setinggi 3.2 milisiervert dalam enam penduduk wujud dalam kajian pertama tetapi tiada dalam ujian kedua.

Data itu menunjukkan pendedahan dalaman terkumpul adalah antara 4.9 hingga 13.5 milisieverts, menjadikan jumlah besar adalah antara 4.9 hingga 14.2 milisievert sepanjang dua bulan terbabit, kata mereka. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan