Ahad, 12 Jun 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Taiwan rancang hantar bot misil ke Spratly

Posted: 12 Jun 2011 01:23 PM PDT

Dunia

pix_gal0
Anggap pengawal pantai tak mampu kawal konflik

TAIPEI: Taiwan mengumumkan rancangan menghantar bot berkelengkapan misil dan kereta kebal ke kepulauan di laut China Selatan, ketika keadaan semakin tegang di wilayah kaya dengan sumber asli itu yang dituntut beberapa negara serantau.

Kementerian Pertahanan Taiwan dilaporkan berkata pihaknya berpendapat pengawal pantai yang ditempatkan di kepulauan Spratly tidak memadai jika konflik meletus. "Pada masa ini pengawal pantai di Nansha (Spratly) dan Tungsha (Pratas) hanya dilengkapi senjata ringan," kata jurucakap kementerian pertahanan Taiwan David Lo.

"Bot misil dan kereta kebal adalah pilihan yang kami tawarkan kepada pengawal pantai," katanya, tanpa memberi butir terperinci mengenai jumlah kerahan.
Beliau berkata, pengawal pantai belum membuat keputusan muktamad berhubung tawaran itu.

Media tempatan berkata, kehadiran bot misil itu adalah langkah pecegahan. Setiap satu bot 47 tan kelas Seagull dimiliki Taiwan dilengkapi dengan dua misil Hsiungfeng I - peluru berpandu kapal ke kapal dengan jarak sasaran 40 kilometer.
Kenyataan Taipei dibuat ketika China kian tegas dalam menekankan tuntutannya di wilayah itu.

Taiwan, Vietnam, Brunei, China, Malaysia, dan Filipina kesemuanya menuntut keseluruhan atau sebahagian daripada kepulauan Spratly yang mungkin terletak di atas rizab minyak yang besar.

Pengawal pantai Taiwan kini menempatkan pasukan berkekuatan 130 anggota di Taiping, pulau terbesar di kepulauan Spratly yang mempunyai landasan pesawat.

Tentera Filipina pada April lalu mengumumkan rancangan untuk menggunakan kapal baru yang diperolehnya dari Amerika Syarikat untuk mengadakan rondaan di perairan yang dipertikaikan itu, selepas menerima aduan bot ronda China mengganggu kapal cari gali negara berkenaan di perairan terbabit. – AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pendakwa ICC harap rakyat tangkap Gaddafi

Posted: 12 Jun 2011 01:22 PM PDT

Dunia

RAKYAT Libya yang memberontak mengepung  tentera yang setia kepada Gaddafi di kawasan pergunungan Qalaa di barat Libya, baru-baru ini.

RAKYAT Libya yang memberontak mengepung tentera yang setia kepada Gaddafi di kawasan pergunungan Qalaa di barat Libya, baru-baru ini.

MADRID: Pendakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) Luis Moreno-Ocampo berkata beliau berharap pemimpin Libya Muammar Gaddafi akan ditangkap rakyatnya sendiri dalam beberapa minggu lagi di atas kesalahan jenayah terhadap kemanusiaan.

"Kami sangat berharap waran tangkap (untuk berdepan tuduhan melakukan jenayah terhadap kemanusiaan) akan diserahkan kepada Gaddafi dan beliau akan ditangkap oleh rakyatnya," katanya ketika memberitahu akhbar harian Sepanyol, El Mundo.

Moreno-Ocampo berkata beliau yakin panel hakim ICC akan membuat keputusan yang memihak kepada tangkapan Gaddafi dalam beberapa minggu lagi. "Kami beranggapan Gaddafi akan ditangkap rakyatnya, iaitu anggota rejimnya sendiri dan jika bukan anggota rejimnya, mungkin ia akan dilakukan oleh pemberontak Majlis Peralihan Kebangsaan," katanya.

Bulan lalu, pendakwa ICC itu berkata beliau berusaha mendapatkan waran tangkap terhadap tiga orang yang didakwanya bertanggung jawab terhadap jenayah kemanusiaan, iaitu Gaddafi, anaknya Seif Al-Islam dan ketua risik Libya, Abdallah Al-Senoussi.

Timbalan Menteri Luar Libya Khaled Kaaim, berkata Tripoli tidak bimbang terhadap keputusan ICC berikutan negara Arab itu bukan anggota Statut Rome yang menubuhkan mahkamah antarabangsa terbabit. – AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan