Berita Harian: Dunia |
Gaddafi cuba dapat RM60 bilion Posted: 10 Jun 2011 03:58 PM PDT Dunia PEMBERONTAK Libya mengadakan sekatan jalan dekat medan pertempuran, 25 kilometer daripada pusat bandar Misrata. ATHENS: Rejim pemerintah Libya mengadakan rundingan sulit dengan Greece bagi mendapatkan dana AS$20 bilion (RM60) bilion) yang dibekukan bertujuan membantu dua kumpulan yang terbabit dalam perang saudara di negara itu selain membuka jalan untuk rundingan damai. Akhbar The Independent melaporkan, rundingan diadakan di Tripoli antara kumpulan yang diketuai bekas diplomat yang rapat dengan Perdana Menteri Greece, George Papandreou dan tokoh kanan rejim termasuk Perdana Menteri Libya, Al-Baghdadi Al-Mahmoudi. Rundingan itu menghasilkan memorandum persefahaman yang tidak dapat ditandatangani, selepas kerajaan Perancis memberi amaran kepada Greece bahawa sebarang persetujuan hanya mengesahkan kepemimpinan Muammar Gaddafi dan menjejaskan dasar pakatan Barat yang mahu memencilkan beliau.Seorang pegawai kanan Libya yang kini berada di luar negara mendakwa wujud 'permusuhan peribadi antara Presiden Perancis Nicolas Sarkozy dan Emir Qatar dengan Gaddafi' menyebabkan usaha rundingan damai dan bantuan kemanusiaan terhalang. Sumber rejim Libya menegaskan, kebenaran untuk menggunakan asetnya bagi bantuan kemanusiaan akan membolehkan satu perjanjian gencatan senjata dicapai, manakala proses penyerahan kuasa oleh Gaddafi dan pembentukan kerajaan sementara yang disertai pembangkang di Benghazi boleh dimulakan. "Kami percaya langkah ini akan membolehkan proses dialog dimulakan. Wang itu kepunyaan Libya tetapi dibekukan bank asing. Cadangan bertujuan menggunakannya untuk faedah semua rakyat Libya.
Beberapa pegawai yang mengambil bahagian dalam rundingan juga mendakwa pegawai dari Amerika Syarikat mengetahui mengenai perkara itu tetapi enggan memberi sebarang ulasan. Setiausaha Negara Amerika Hillary Clinton berkata, beliau sedar mengenai 'pelbagai tawaran' dibuat oleh mereka yang rapat dengan Gaddafi untuk membincangkan mengenai pengundurannya, tetapi tidak memberi maklumat lanjut. – Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Ada polis, askar Syria enggan tembak pemberontak Posted: 10 Jun 2011 03:57 PM PDT Dunia GUVECCI (Turki): Warga Syria yang kini menjadi pelarian di Turki, menceritakan mengenai anggota polis negara itu yang berbunuhan sesama sendiri, ada askar enggan mematuhi arahan menembak penunjuk perasaan dan tiga pemuda yang dipenggal tentera ketika cuba melarikan diri.Ketika lebih 2,400 orang rakyat negara itu menyeberang masuk ke sempadan Turki kelmarin selepas melarikan diri dari kediaman yang dikepung askar bersama kereta kebal, mereka juga membawa bersama kisah sebenar dalam tempoh seminggu pemberontakan dan kekacauan di Jisr al-Shughour. Walaupun selamat di khemah perlindungan sementara di Turki, kira-kira 20 kilometer dari sempadan Syria, pelarian berkata mereka tetap bimbang pihak tentera akan menceroboh masuk dan enggan memberitahu nama sebenar kepada wartawan. Seorang pemuda yang memperkenalkan dirinya sebagai Rami, 22, berkata pasukan keselamatan Syria berselisih pendapat mengenai cara menangani dan menyuraikan penunjuk perasaan."Segalanya bermula apabila dua penunjuk perasaan dibunuh seminggu lalu, menyebabkan anggota polis yang enggan menerima arahan ketua mereka dari puak Alawiyyin agar menembak orang awam, bergaduh sesama sendiri di balai polis Emin Asqari. "Kemudian sekumpulan askar juga disingkirkan selepas enggan menembak penunjuk perasaan. Mereka menanggalkan pakaian seragam, meninggalkan senjata dan melarikan diri bersama keluarga masing-masing," kata Rami, seorang pelajar di sebuah universiti di Jisr al-Shughour. Beliau berkata, dua helikopter juga melepaskan tembakan rambang ke atas orang awam dan rumah penduduk yang dicurigai.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan