Utusan Online - Luar Negara |
Anak lelaki bongsu Gaddafi maut Posted: Anak lelaki bongsu Gaddafi maut
TRIPOLI 1 Mei - Anak lelaki bongsu Muammar Gaddafi dan tiga cucunya terbunuh dalam satu serangan udara yang dilancarkan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di ibu negara Libya ini, malam tadi. Serangan tersebut yang disasarkan untuk membunuh Gaddafi dilancarkan selepas pemberontak dan NATO menolak tawaran pemimpin veteran Libya itu untuk berunding bagi menamatkan krisis di negara ini. Rumah Seif al-Arab Gaddafi (gambar) , 29, diserang malam tadi dengan seluruh kekuatan, kata jurucakap kerajaan, Moussa Ibrahim pada sidang media, hari ini. Pemimpin Libya itu dan isterinya turut berada di dalam bangunan yang dibedil tetapi mereka terselamat, walaupun yang lain terbunuh atau cedera termasuk Seif al-Arab dalam 'operasi langsung untuk membunuh pemimpin negara ini', kata Ibrahim. "Pemimpin kami dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan, begitu juga dengan isterinya tetapi orang lain terbunuh atau cedera," katanya. Ibrahim mendakwa maklumat mengenai lokasi Gaddafi berada dipercayai telah dibocorkan. NATO mengakui melancarkan serangan udara di Tripoli tetapi tidak mengesahkan dakwaan kerajaan Libya itu. "NATO meneruskan serangan ke atas kedudukan tentera rejim Gaddafi di Tripoli malam tadi, termasuk serangan ke atas sebuah bangunan yang diketahui menjadi pusat pemerintah dan kawalan di pekarangan Bab al-Aziziya selepas 1800 GMT (2 pagi ini waktu Malaysia)," menurut kenyataan NATO. Bunyi tembakan senjata automatik, dipercayai sebagai tanda berkabung, bergema di seluruh Tripoli berikutan pengumuman mengenai kematian Seif al-Arab itu. Pemberontak pula melepaskan tembakan roket, raifal Kalashnikov dan mesingan antipesawat udara selama lebih setengah jam, menggegarkan ibu kota yang dikuasai pemberontak di Benghazi dengan tembakan dan letupan berterusan untuk meraikan detik itu. - AFP | ||
Posted: 6 lagi penunjuk perasaan matiDAMSYIK 1 Mei - Enam orang awam mati ditembak oleh askar dan penyerang hendap di bandar Daraa, semalam. Aktivis berkata, mereka terbunuh apabila tentera bertindak menyerang Daraa pada waktu subuh, manakala penyerang hendap menembak sesiapa sahaja yang keluar di jalan raya. ''Enam orang terbunuh di Daraa. Bandar ini telah dikepung. Bekalan makanan, air dan ubat-ubatan semakin berkurangan,'' kata saksi. Bekalan air dan elektrik dipotong di Daraa ketika situasi semakin buruk selepas kira-kira 5,000 askar menyerang bandar itu pada Isnin lalu. Ketika upacara pengebumian beberapa orang mangsa penunjuk perasaan yang terbunuh kelmarin, para aktivis berikrar meneruskan tekanan ke atas rejim Presiden Bashar al-Assad dengan mengadakan demonstrasi pro-demokrasi. Sementara itu, sebanyak 138 lagi anggota Parti Baath pimpinan Assad keluar daripada parti itu bagi membantah tindakan kekerasan oleh kerajaan ke atas penunjuk perasaan, menurut senarai nama yang diterima oleh AFP di Nicosia. Aktivis berkata, sekurang-kurangnya 66 orang maut kelmarin apabila berpuluh ribu penunjuk perasaan mengadakan demostrasi di Syria, manakala pihak berkuasa menyatakan sembilan anggota keselamatan ditembak mati oleh kumpulan pengganas. Aktivis berkata, demonstrasi besar-besaran di seluruh negara ini diadakan mulai hari ini akan menandakan 'seminggu memecah pengepungan' yang merujuk kepada Daraa dan Douma yang dikawal oleh tentera sejak awal minggu ini. Demonstrasi di pusat bandar Daraa akan diadakan hari ini, manakala di sekitar Damsyik akan diadakan esok. Ia kemudian akan diadakan Banias dan Jableh pada Selasa ini manakala demonstrasi di Homs, Talbisseh dan Tall Kalakh yang bersempadan Lebanon akan diadakan sehari kemudian. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan