Selasa, 24 Mei 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Petir bunuh 40 rakyat Bangladesh

Posted: 24 May 2011 12:59 PM PDT

Dunia

Angka korban terbesar seluruh negara berikutan ribut dalam tempoh sehari

DHAKA: Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh disambar petir manakala 150 lagi cedera selepas Bangladesh dilanda cuaca buruk ketika kebanyakan mangsa sedang menuai di sawah padi atau memancing ikan, kata jurucakap polis dan pegawai pihak berkuasa tempatan semalam.

Angka korban itu adalah yang terbesar akibat dipanah petir dalam tempoh sehari dalam kejadian yang berlaku kelmarin. Ribut yang berlaku sebelum musim hujan mulai Mei atau Jun sering menyebabkan penduduk menjadi mangsa disambar petir selain merosakkan tanaman.

Antara yang maut termasuk lapan petani yang berada di sawah untuk menuai padi. Angka korban itu direkod di 11 daerah di seluruh Bangladesh setakat ini. Kawasan paling teruk mencatat bilangan mangsa akibat ribut petir ialah di rantau barat laut negara itu.

Kebanyakan mangsa disambar petir antara jam 6.30 pagi dan 10 pagi waktu tempatan ketika penduduk sedang mengutip buah-buahan atau bekerja di ladang tanaman. Hujan lebat berterusan sepanjang waktu pagi.

Daerah yang terjejas adalah Chapainawabganj, Pabna, Joypurhat, Rajshahi, Gaibandha, Kurigram, Naogaon, Manikganj, Gopalganj, Khulna dan Khagrachharhi. Angka kematian besar berlaku di Chapainawabganj.
Sepuluh orang maut di daerah barat laut Chapainawabganj manakala 10 lagi terbunuh dan seorang cedera apabila disambar kilat di kawasan Shibganj, Nachol dan Gomastapur, daerah Chapainawabganj.

Di daerah Sardar, dua pelajar disambar kilat ketika mengutip buah mangga, seorang daripadanya maut.

Anggota polis kawasan Shibaloy memaklumkan, enam orang terkorban di beberapa daerah pedalaman dan dua lagi maut di kejiranan Gomastapur. Di Faridpur, kilat menyambar dua orang dan menyebabkan 16 orang cedera.

Anggota keselamatan di balai polis Puthia di daerah Rajshahi pula memaklumkan bahawa empat orang termasuk seorang budak lelaki 10 tahun terbunuh di kawasan itu manakala di Sundarganj, Gaibandha, seorang budak lelaki enam tahun terbunuh dan lapan lagi cedera.

Di Pabna, dua maut manakala 17 lagi cedera di perkampungan Paspungali. Ribut turut merosakkan beratus rumah di Natore dan Singra. Sebagai tambahan, gangguan bekalan elektrik terganggu dan infrastruktur bandar itu turut rosak.

Anggota penyelamat sudah menemui semua mangsa manakala orang yang cedera dimasukkan ke hospital, kebanyakannya tidak parah, kata pegawai. – Reuters/Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Debu tebal Grimsvotn akibatkan 500 penerbangan dibatal

Posted: 24 May 2011 12:59 PM PDT

Dunia

LONDON: Debu tebal yang tersebar kerana letusan gunung berapi Iceland dijangka memaksa pembatalan sehingga 500 penerbangan komersial di Ireland Utara, Scotland dan bahagian Scandinavia, kata agensi lalu lintas udara Eropah, semalam.

Antara 200 dan 250 penerbangan sudah dibatalkan, kata Brian Flynn, ketua operasi rangkaian di Eurocontrol. Ada lebih 30,000 penerbangan dalam Eropah secara purata setiap hari pada masa ini setiap tahun.

Debu gunung berapi Grimsvotn sudah memaksa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memendekkan kunjungannya ke Ireland dan menambah kebimbangan berulangnya gangguan perjalanan besar-besaran di Eropah tahun lalu apabila debu dari gunung berapi Eyjafjalljokull menyebabkan jutaan penumpang terkandas. Flynn berkata, beliau percaya rancangan Obama menjelajah Eropah terus terjejas dan pihak berkuasa juga tidak menjangka penangguhan penerbangan besar-besaran selepas letusan gunung berapi tahun lalu.

Mereka mengatakan, prosedur itu semakin baik sejak itu dan awan ketika ini tidak dijangka bergerak menghala benua Eropah.

Bagaimanapun, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam British berkata angin kencang di Scotland menjadikannya sukar meramalkan arah tuju debu itu.

British Airways menunda semua penerbangannya pagi semalam di antara London dan Scotland, sementara syarikat penerbangan Belanda KLM dan Easyjet membatalkan penerbangan dari dan ke Scotland serta utara England pada masa sama.
Tiga syarikat penerbangan domestik turut mengumumkan gangguan penerbangan. – AP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan