Sabtu, 16 April 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Britain guna jet masalah alat ganti

Posted:

Britain guna jet masalah alat ganti

Britain guna jet masalah alat ganti


SEBUAH jet Typhoon berlepas dari sebuah pangkalan tentera udara dekat Bari, Itali kelmarin.


LONDON - Jet pejuang tentera Britain, Typhoon yang melancarkan serangan bom di Libya dalam minggu ini pernah digantung perkhidmatan pada tahun lalu.

Menurut ahli-ahli parlimen semalam, ia pernah digantung perkhidmatan disebabkan kekurangan alat ganti.

Namun, jet itu digunakan semula buat kali pertama dalam pengeboman di bandar Misrata, Libya dalam minggu ini.

Setiausaha Pertahanan Britain, Liam Fox menegaskan kelmarin bahawa jet itu pada akhirnya dapat digunakan.

Jawatankuasa Laporan Pembekalan Awam Dewan Rakyat menyatakan masalah bekalan alat ganti itu akan berkekalan sehingga 2015.

Menurut laporan tersebut, bekalan alan ganti tersebut mungkin dapat diselesaikan pada 2015.

Britain menyertai perang di Libya menerusi Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang menguatkuasakan zon larangan terbang di negara itu bagi mengelak tentera pemimpin Muammar Gaddafi melakukan serangan terhadap orang awam. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kekasih Ronaldo berbogel untuk iklan

Posted:

Kekasih Ronaldo berbogel untuk iklan

Kekasih Ronaldo berbogel untuk iklan


IRINA SHAYK


LONDON - Teman wanita bintang bolasepak Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang juga merupakan seorang model kelahiran Rusia, Irina Shayk, 25, mendedahkan seluruh badannya dalam satu iklan yang ditaja oleh Marc Jacobs, lapor sebuah akhbar semalam.

Irina yang terkenal dengan kecantikannya itu dikatakan bersetuju untuk menjadi model yang memerlukannya berbogel di depan kamera bagi memperaga rekaan terbaru Marc Jacobs itu.

Sejak 2008, Marc Jabobs telah meyakinkan begitu ramai bintang untuk bergambar bogel bagi memperagakan rekaan terbarunya untuk kempen amal bagi pesakit kanser dan antara model itu ialah Dita Von Teese, Victoria Beckham dan Marisa Miller.

Sementara itu, Shayk berkata, tubuhnya yang langsing adalah disebabkan oleh kerajinannya melakukan senaman dan bukan berdiet.

"Saya tidak pernah berdiet. Saya menganggap seseorang itu boleh makan apa yang dimahukannya dan melakukan senaman untuk membentuk tubuh tidak kira sama ada pergi ke gimnasium atau berjalan," katanya. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cukai mewah di Taiwan

Posted:

Cukai mewah di Taiwan

Cukai mewah di Taiwan


GAMBAR bertarikh 8 April lalu menunjukkan sebuah kawasan pembinaan di Hsintien, Taipei, Taiwan.


TAIPEI - Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou mengalu-alukan kejayaan rang undang-undang 'cukai mewah' yang diluluskan Parlimen semalam yang dilaksanakan dalam usaha untuk mengawal harga hartanah.

"Buat masa sekarang, para spekulator membuat keuntungan manakala pembeli-pembeli rumah mengeluh, kami berharap langkah ini akan memastikan keadilan," kata Ying-jeou ketika beliau bertemu dengan sekumpulan pemimpin perniagaan.

Beliau membuat komen itu selepas Parlimen meluluskan rang undang-undang yang membenarkan kenaikan cukai sehingga 15 peratus ke atas rumah yang tidak dihuni oleh pemiliknya.

Rang undang-undang itu yang turut melibatkan cukai sebanyak 10 peratus ke atas pelbagai jenis barang mewah seperti jet peribadi, kapal layar, kulit haiwan yang berbulu dan keahlian kelab golf.

Ia akan dikuatkuasakan pada awal Jun ini.

Kementerian Kewangan menganggarkan undang-undang itu akan membawa hasil cukai sebanyak AS$500 juta (RM 1.5 bilion).

Langkah ini diambil ekoran harga perumahan di Taiwan meningkat, menjadikan Taipei salah sebuah bandar raya yang termahal di Asia selain menyebabkan tekanan ekonomi disebabkan terdapat jurang perbezaan yang luas di antara golongan kaya dan miskin. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan