Berita Harian: Dunia |
Posted: 16 Apr 2011 02:48 PM PDT Dunia Gegaran tahap sederhana direkodkan di Jepun, Taiwan, New Zealand, AustraliaTOKYO: Empat negara termasuk Jepun, Taiwan, New Zealand dan Australia dilanda gempa bumi pada kekuatan 5.2 hingga 6 skala Richter awal semalam dan gegarannya turut dirasai di beberapa bandar besar. Gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter dikesan di wilayah Kanto, kawasan mengelilingi ibu kota Tokyo pada jam 11.19 pagi waktu tempatan, kata Agensi Kaji Cuaca Jepun. Agensi berita Kyodo melaporkan, pusat gempa itu terletak 70 kilometer di kawasan selatan wilayah Tochigi, katanya. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.Loji nuklear Fukushima yang terletak di utara wilayah Ibaraki melaporkan tiada masalah besar setakat ini dan air terus dipam ke reaktornya, kata Tokyo Electric Power Co (TEPCO). Bagaimanapun, perkhidmatan kereta api laju Shinkansen dihentikan buat sementara di antara Tokyo dan Odawara, wilayah Kanagawa, selepas bekalan elektrik terputus, kata Central Japan Railway Co. Satu lagi gempa berlaku lebih awal iaitu di Pulau Honshu pada kekuatan 6 skala Richter dan gegarannya turut dirasai di Tokyo.
Gempa bumi itu berlaku jam 9.11 pagi di tengah laut kira-kira 250 kilometer pantai timur laut ibu negara, Taipei dengan kedalaman 140 kilometer. Di Australia, beberapa bandar di timur lautnya termasuk Townsville, Queensland turut merasai gegaran akibat gempa bumi yang dengan 5.2 skala Richter yang terjadi kira-kira 9.6 kilometer di bawah dasar laut, kira-kira 128 kilometer dari bandar pesisir pantai itu. "Anak perempuan saya ketakutan hingga duduk di sebelah saya sambil melihat tingkap rumah bergegar," kata ahli perbandaran Townsville, Natalie Marr. Selain itu, gempa bumi dengan kekuatan 5.2 skala Richter turut melanda New Zealand bertempat di bandar Christchurch yang menyebabkan bekalan elektrik terpaksa dihentikan kepada beribu-ribu rumah. Gegaran terbaru, bagaimanapun, jauh lebih lemah berbanding yang terjadi pada 22 Februari lalu yang menyebabkan 169 orang terbunuh. – Agensi/AP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
'13 Cara Memanggil Setan' diprotes Posted: 16 Apr 2011 02:47 PM PDT Dunia Filem yang mendapat izin tayang Lembaga Penapis Filem Indonesia (LSF) dianggap pelbagai pihak sebagai filem yang melampaui batas kelucahan, walaupun dalam kategori seram. Semalam, anggota tiga buah pertubuhan, Front Pembela Islam (FPI), Laskar Pembela Islam (LPI) dan Gerakan Pembela Rasulullah (Gempur), mengadakan tunjuk perasaan di hadapan pejabat LSF di Jalan MT Haryono, Jakarta Selatan mendesak tayangan filem itu dihentikan kerana berpendapat filem itu 'lucah terlampau'. Malah, ketua FPI Jakarta, Habib Salim Selon, memberi amaran pihak bersedia mengambil tindakan membubarkan LSF jika tayangan filem itu tidak dihentikan."LSF sudah memberi izin tayang kepada filem itu, bagaimanapun jika ia tidak dihentikan dalam tempoh sebulan, kami akan bertindak," katanya. Penerbit filem, Ki Kusumo, berkata filem itu sudah memperoleh jumlah penonton 500,000 orang tetapi enggan mengulas mengenai demonstrasi yang diadakan. Filem 13 Cara Memanggil Setan mengisahkan mengenai Dilo, Tera, Sonya, Essy, Venus dan Fredi membeli buku di sebuah kedai. Secara kebetulan, Fredi terjumpa sebuah kitab Jawa kuno menceritakan mengenai 13 cara memanggil syaitan.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan