Berita Harian: Dunia |
Posted: 01 Apr 2011 01:00 PM PDT Dunia Paras radioaktif tinggi halang usaha kebumi mangsa, reaktor mungkin ditimbusTOKYO: Pihak berkuasa Jepun tidak dapat mengambil kira-kira 1,000 mayat di sekitar loji jana kuasa nuklear bermasalah Fukushima kerana bimbang tahap pencemaran radiasi, lapor agensi berita Kyodo, semalam. Mayat mereka yang terkorban dalam gempa bumi dan tsunami yang meranapkan kawasan itu pertengahan Mac lalu tercemar apabila radiasi mula bocor dari reaktor yang rosak di loji terbabit. "Selepas penduduk maut, mayat mereka terdedah kepada paras tinggi radiasi," kata sumber polis.Pakar mengesahkan maklumat itu, mengatakan mereka menemui paras radiasi tinggi dalam satu mayat ditemui di perkampungan Okuma, lima kilometer dari loji jana kuasa itu. Polis memberi amaran bahawa mengumpul mayat itu mungkin menyebarkan radiasi ke luar zon perpindahan sejauh 20 kilometer. Pekerja penyelamat, polis, doktor dan anggota keluarga diberi amaran bahawa mereka berisiko terdedah kepada radiasi jika mereka mengutip mayat terbabit. Pihak berkuasa mahu menyahcemar mayat terjejas sebelum dapat dilupuskan. Lebih 11,000 penduduk maut dan 16,500 masih hilang akibat bencana berganda. Pam itu dipindahkan kelmarin dari lokasinya di Aiken County di Hanahan, ke Selatan Carolina untuk menjalani pengubahsuaian kecil. Dari situ ia akan dibawa dengan trak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson di Atlanta dan akan dibawa dengan pesawat kargo terbesar dunia Antonov 225 buatan Russia yang akan menerbangkannya ke Tokyo. Pam seberat 86,363 kilogram (190,000 paun) dibuat oleh syarikat Jerman Putzmeister pengepam setinggi 70 meter dan boleh dikawal menggunakan alat kawalan jauh, sesuai digunakan di persekitaran yang mempunyai kadar radioaktif tinggi seperti loji nuklear itu. "Jepun amat memerlukan pam ini untuk menstabilkan keadaan di loji Fukushima dan kerana itulah pam terbabit akan dihantar ke sana," kata pengarah syarikat Ashmore Concrete Contractors Inc yang memiliki pam berkenaan, Jerry Ashmore. Ada kemungkinan reaktor Fukushima ditimbus simen seperti di Chernobyl "Apa yang saya difahamkan ialah mereka perlukan banyak simen dan konkrit. Pam setinggi 70 meter itu mampu memasukkan 210 meter padu konkrit sejam," katanya. Sehingga kini ramai mangsa gempa bumi di Fukushima belum dapat kembali ke rumah selepas gempa 9.0 skala Richter melanda 11 Mac lalu. – Reuters/Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Militan penggal tiga pengawal kenderaan anggota NATO Posted: 01 Apr 2011 12:58 PM PDT Dunia PESHAWAR: Militan memenggal tiga pengawal keselamatan awal semalam di sebuah terminal trak anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan merosakkan 10 lori tangki di kawasan puak bergolak Pakistan bersempadan Afghanistan.Pembunuhan itu berlaku di pusat bekalan kenderaan NATO di Landi Kotal, sebuah bandar di daerah puak bergolak Khyber di mana bekalan secara pukal dihantar kepada tentera asing di Afghanistan melaluinya. "Kami temui tiga mayat pengawal keselamatan dipenggal dari terminal simpanan trak NATO awal Jumaat," kata pegawai pentadbiran puak Khan Khattak. "Serangan itu turut merosakkan 10 lori tangki dengan meriam dan senjata kecil namun tiada kebakaran kerana lori terbabit kosong dan kembali dari Afghanistan selepas menghantar bekalan," kata Khattak.Pemandu meletakkannya di terminal dalam perjalanan pulang untuk bermalam di hotel berhampiran, katanya. "Ia kerja militan," balas Khattak apabila ditanya siapa menjadi dalang di sebalik pembunuhan itu. – AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan