Kosmo Online - Dunia |
- Lagi bahaya radiasi di loji Fukushima
- Pemilik upah lelaki rosakkan Lamborghini miliknya
- Abbas mahu pemerintahan baru dengan Hamas
Lagi bahaya radiasi di loji Fukushima Posted: Lagi bahaya radiasi di loji FukushimaGAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan salah sebuah loji nuklear yang musnah di loju Fukushima Daiichi di Fukushima, timur laut Jepun. TOKYO - Loji nuklear di Fukushima-Daiichi, Fukushima dibiarkan kosong beberapa jam semalam selepas peningkatan radiasi memaksa pekerja-pekerja kecemasan melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa mereka. Keadaan tersebut menyebabkan pihak berkuasa menembak meriam air dalam usaha untuk menyejukkan beberapa reaktor nuklear yang terbakar di loji berkenaan. Semua 50 pekerja kecemasan yang bertungkus- lumus cuba menyejukkan reaktor-reaktor nuklear itu berundur beberapa ratus meter dari loji Fukushima-Daiichi selepas tahap radiasi menjadi terlalu merbahaya. Sebelum ini terdapat empat letupan yang berlaku di reaktor tersebut. Kadar tinggi radiasi itu kemudian menurun semula pada malam semalam. Bagaimanapun, Menteri Industri Perancis, Eric Besson mendakwa Jepun gagal mengawal situasi di Fukushima dan negara itu kini di ambang malapetaka nuklear. "Tidak perlu lagi berdolak-dalik. Mereka (kerajaan Jepun) telah gagal mengawal situasi di Fukushima. Ini adalah pendapat kami walaupun ia bukan apa yang dikatakan oleh mereka," ujarnya. Pemerintah Perancis turut menasihatkan rakyat mereka supaya meninggalkan Jepun sebagai langkah berjaga-jaga. Pada hari yang sama, beberapa buah helikopter tentera gagal menyelesaikan misi untuk menyejukkan reaktor-reaktor nuklear itu dengan menggunakan kaedah mencurahkan air dari udara. Sebelum itu, pasukan-pasukan kecemasan terbabit mengepam air laut ke dalam reaktor-reaktor nuklear itu dengan menggunakan jentera bomba tetapi usaha tersebut terhenti seketika selepas mereka berundur. Sebanyak empat reaktor loji nuklear Fukushima yang terletak 240 kilometer dari sini, mengalami kerosakan sejak gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala Richter dan tsunami melanda Jepun pada Jumaat lalu. Kebimbangan berlakunya kebocoran radiasi menyebabkan kerajaan Jepun memindahkan 180,000 penduduk yang tinggal di sekitar loji itu. Lebih 140,000 lagi penduduk yang berada dalam lingkungan 30 kilometer dari loji nuklear Fukushima-Daiichi diminta tidak keluar rumah. Sementara itu, pihak berkuasa keselamatan Perancis menyatakan, krisis loji nuklear Fukushima-Daiichi kini berada pada tahap enam dan semakin menghampiri kemalangan nuklear di Chernobyl pada 1986. Tsunami yang berlaku pada Jumaat lalu itu dianggarkan meragut lebih 10,000 nyawa. Angka kematian masih belum diketahui kerana anggota-anggota penyelamat masih belum melakukan kerja-kerja mencari di semua kawasan yang musnah akibat ombak setinggi 10 meter. Sementara itu, salji yang turun semalam di kawasan bencana menyukarkan lagi kerja-kerja untuk mencari mangsa yang terselamat dalam tragedi tsunami. Satu lagi gempa bumi sekuat 6.0 pada skala Richter turut melanda Jepun semalam. Gempa bumi itu berpusat 96 kilometer ke timur Tokyo dan gegaran dapat dirasakan di timur negara ini. Ia berpusat dalam Lautan Pasifik pada kedalaman 25 kilometer pada pukul 12.52 tengah hari waktu tempatan. Namun, amaran tsunami tidak dikeluarkan. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Pemilik upah lelaki rosakkan Lamborghini miliknya Posted: Pemilik upah lelaki rosakkan Lamborghini miliknyaBEBERAPA orang yang diupah merosakkan kereta Lamborghini Gallardo di Qingdao, wilayah Shandong, China. BEIJING - Seorang ahli perniagaan China mengupah sekumpulan lelaki dari Shandong untuk merosakkan kereta Lamborghini Gallardo miliknya yang berharga AS$804,301 (RM2.45 juta) dengan menggunakan tukul di Qingdao kelmarin. Tindakan itu dibuat selepas beliau sangat kecewa dengan perkhidmatan servis pengedar kereta terbabit yang gagal menyelesaikan pelbagai kerosakan yang dialami Lamborghini miliknya. Ahli perniagaan itu turut mendapati terdapat kerosakan yang dilakukan seseorang ke atas kereta miliknya di bahagian depan dan kerangka kereta sport itu semasa ia sedang dibaiki. Orang ramai yang lalu lalang terkejut apabila melihat sekumpulan lelaki merosakkan kereta mewah itu yang sering rosak sejak dihantar kepada tuannya pada Oktober tahun lalu. Selepas bertengkar dengan pengedar dan beberapa orang wakil kanan pengedar kereta Lamborghini, ahli perniagaan tersebut mengambil keputusan bahawa satu-satunya cara untuk melindungi haknya ialah dengan merosakkan kereta itu pada Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Abbas mahu pemerintahan baru dengan Hamas Posted: Abbas mahu pemerintahan baru dengan Hamas
RAMALLAH, Tebing Barat - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas (gambar) menegaskan bahawa beliau tidak akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden yang dijangka diadakan dalam tempoh enam bulan akan datang. Ini merupakan kali pertama Abbas menyatakan dengan jelas berhubung kesediaannya untuk tidak akan bertanding. Dalam ucapannya kepada sekutu politiknya, Mahmoud memberitahu keinginannya untuk menjelajah Genting Gaza yang dikuasai oleh pergerakan Hamas bagi mempromosikan pelan damai antara wilayah Palestin yang bersengketa itu dan membentuk satu pemerintah yang bersatu. Pelan Mahmoud itu termasuk mengadakan satu pilihan raya baru. Namun, pilihan raya itu tidak dapat diadakan jika Tebing Barat dan Gaza masih berpecah dua. Ketika ini Tebing Gaza dikuasai pergerakanFatah pimpinan Mahmoud manakala Hamas menguasai Gaza. Lawatan Mahmoud ke Genting Gaza itu adalah yang pertama dalam tempoh empat tahun. "Saya mengumumkan bahawa saya sedia untuk pergi ke Gaza esok (hari ini) demi menamatkan persengketaan dan membentuk satu pemerintah yang baru," katanya di hadapan para pemimpin kanan Parti Fatah. Jurucakap Hamas, Taher Nunu mengakui Perdana Menteri Gaza, Ismail Haniyeh mengalu-alukan maklum balas positif daripada Mahmoud. Perpecahan Palestin merupakan halangan terbesar untuk menubuhkan sebuah negara yang bebas melibatkan Tebing Barat dan Gaza. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan