Jumaat, 11 Februari 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Penunjuk perasaan sambut gembira

Posted:

Penunjuk perasaan sambut gembira

Penunjuk perasaan sambut gembira


PARA penunjuk perasaan berarak ke Istana Presiden selepas menunaikan solat Jumaat di Dataran Tahrir, Kaherah, semalam. – REUTERS


KAHERAH 11 Feb. – Penunjuk perasaan yang membanjiri jalan-jalan di seluruh Mesir bersorak kegembiraan dengan berita peletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak yang sekali gus mengakhiri pemerintahan autokratik selama 30 tahun oleh diktator tersebut.

Orang ramai melaungkan 'Allahu akbar' sejurus selepas Naib Presiden, Omar Suleiman mengumumkan peletakan jawatan Mubarak pada kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan (12 tengah malam ini waktu Malaysia) serta penyerahan kuasa kepada Majlis Tertinggi Angkatan Tentera.

Presiden itu akhirnya tunduk kepada desakan rakyat selepas satu perhimpunan disertai lebih sejuta rakyat dilancarkan hari ini, setelah penunjuk perasaan berang dengan kenyataan Mubarak yang enggan berundur dalam satu kenyataannya malam tadi.

Di Dataran Tahrir, penunjuk perasaan menzahirkan rasa gembira mereka dengan membunyikan hon dan mengibarkan bendera sebagai tanda kemenangan selepas lebih dua minggu melancarkan protes.

Dataran itu menjadi lokasi penting sepanjang tunjuk perasaan berlangsung sejak akhir Januari lalu.

"Rakyat di sini tidak kisah sama ada Mubarak berada di Istana Presiden atau tidak. Kami hanya mahu beliau meletak jawatan.

"Beliau perlu tinggalkan negara, tuntutan kami sangat jelas. Kami mahu keseluruhan Parti Demokratik Kebangsaan (NDP) dibubarkan," kata Mohammed Hamdan, 40, yang bekerja dengan sebuah syarikat minyak ketika menyertai tunjuk perasaan di Istana Presiden, Kaherah, hari ini.

Peletakan jawatan itu turut disambut gembira anggota tentera yang bertugas mengawal keselamatan di jalan-jalan apabila sebahagian daripada mereka dilihat menanggalkan uniform bagi bersama-sama menyertai penunjuk perasaan.

Kira-kira sejuta penunjuk penduduk berhimpun di sekurang-kurangnya tiga bandar utama iaitu Kaherah, Iskandariah dan Suez dalam satu protes prodemokrasi terbesar hari ini, beberapa jam selepas Mubarak mengumumkan beliau akan terus mengekalkan jawatannya sehingga September ini.

Penunjuk perasaan berarak ke Istana Presiden di Kaherah selepas berang dan marah dengan kedegilan Mubarak yang enggan berundur dalam satu pengumuman yang dibuat awal pagi ini. – AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 ditahan insiden bakar gereja

Posted:

13 ditahan insiden bakar gereja

13 ditahan insiden bakar gereja


Keadaan Gereja Kristian Pentecostal di Temanggung, Jawa Tengah yang dibakar selepas sekumpulan penganut Islam berang dengan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atas seorang lelaki di Temanggung, Selasa lalu. - AFP


JAKARTA 11 Feb. - Polis Indonesia hari ini menahan 13 lelaki berhubung dua insiden keganasan melibatkan kumpulan pelampau agama yang mengorbankan tiga nyawa dan menyebabkan beberapa gereja dibakar.

Ahad lalu, lima orang telah ditahan kerana membunuh tiga pengikut pergerakan Ahmadiyah di Jawa Barat selepas rakaman video insiden itu disiarkan di Internet, kata polis.

"Lima orang yang terlibat dalam serangan ke atas pengikut Ahmadiyah telah ditahan. Ramai lagi akan ditahan kerana mereka telah dikenal pasti melalui rakaman video di YouTube.

"Sekurang-kurangnya lima orang masih bebas dan pasukan kami masih menjalankan operasi memburu mereka," kata jurucakap polis wilayah Banten, Gunawan Setiadi kepada AFP.

Lebih 1,000 pelampau yang menyerang sebuah rumah milik pemimpin Ahmadiyah, melaungkan 'Allahu Akbar' ketika mereka memukul dan membaling batu ke arah tiga pengikut Ahmadiyah sehingga mati.

Polis maklum tentang serangan itu tetapi gagal untuk campur tangan bagi melindungi pengikut Ahmadiyah, yang sering menjadi mangsa penganiayaan dan penindasan sejak kumpulan itu dikenakan sekatan akibat desakan penduduk Islam pada 2008.

Dua hari kemudian kumpulan pelampau lain yang berang mengamuk di beberapa jalan di Temanggung, Jawa Barat dan membakar beberapa gereja setelah seorang lelaki, Antonius Bawengan, 58, hanya dipenjarakan lima tahun kerana menghina Islam, berbanding hukuman mati yang dituntut.

Polis berkata, lapan orang telah ditahan berhubung insiden itu.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono telah mengarahkan polis berjuang habis-habisan menentang mana-mana kumpulan pelampau di sebalik pergolakan itu, meskipun tiada sebarang pihak mengaku bertanggungjawab. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan