Harian Metro: Global |
Posted: 01 Feb 2011 09:59 AM PST SEORANG lelaki membawa poster Presiden Hosni Mubarak yang digambarkan sebagai Adolf Hitler ketika menyertai tunjuk perasaan di Kaherah, semalam. KAHERAH: Ratusan ribu penunjuk perasaan semalam membanjiri Kaherah dan bandar kedua terbesar Mesir, Iskandariah, dalam gerakan paling hebat untuk menyuarakan kemarahan mereka dalam usaha menggulingkan rejim Presiden Hosni Mubarak. Ketika kerajaan negara asing bergegas untuk memindahkan warga masing-masing dari Kaherah, pembangkang berkata, ia tidak akan berunding dengan Hosni. Sementara itu, Mohamed ElBaradei, yang dianggap pemimpin penunjuk perasaan anti rejim Hosni, berkata, Jumaat sudah ditetapkan sebagai 'hari pemergian Hosni.
Di Kaherah, penunjuk perasaan, termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak membanjiri jalan raya bandar raya itu, menyertai ribuan orang yang bermalam dalam khemah atau di atas padang di sekitar Medan Tahrir.
|
Israel hantar senjata untuk bantu Hosni Posted: 01 Feb 2011 09:58 AM PST KAHERAH: Israel dilapor menghantar senjata untuk menyuraikan tunjuk perasaan untuk digunakan oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak, terhadap beribu-ribu penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan 30 tahunnya. Menurut Rangkaian Hak Asasi dan Pembangunan Antarabangsa, pesawat Israel mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Mina Sabtu lalu dengan membawa kelengkapan itu. Ia melaporkan, pasukan keselamatan Mesir menerima kargo di atas pesawat Israel, termasuk gas untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang dilarang oleh pertubuhan antarabangsa.
Ikhwan mengumumkan keputusannya semalam ketika perarakan bantahan 'sejuta orang' berterusan di Kaherah.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan