Rabu, 2 Februari 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Pergolakan politik Mesir makin tenat

Posted: 02 Feb 2011 08:26 AM PST

Dunia

Prokerajaan, penunjuk perasaan bertempur

KAHERAH: Beratus-ratus penyokong kerajaan bertempur dengan penunjuk perasaan prodemokrasi di dataran Tahrir di pusat bandar Kaherah semalam, sehari selepas presiden Hosni Mubarak mengumumkan tidak akan bertanding mengekalkan jawatan pada pilihan raya September ini.

Perkembangan terbaru petang semalam itu membayangkan Mubarak memulakan langkah keras untuk menamatkan bantahan besar-besaran di seluruh Mesir yang memasuki hari kesembilan semalam.

Penunjuk perasaan berjumlah hampir sejuta di dataran itu berkata sesetengah daripada kumpulan prokerajaan itu adalah polis berpakaian preman. Sesetengah daripada mereka merempuh perhimpunan penunjuk perasaan menaiki kuda, unta dan kereta kuda, menghayun rotan dan kayu.

Kumpulan bertentangan itu dilihat menyerang dengan menumbuk, memukul dengan kayu dan membaling batu dengan anggota tentera yang mengawal di dataran itu tidak langsung campur tangan untuk meleraikan mereka.

Beberapa orang kelihatan cedera, manakala ramai melarikan diri.
Pertempuran itu tercetus ketika masyarakat antarabangsa memberi tekanan kepada Mubarak untuk meletak jawatan. Amerika Syarikat memberitahu beliau agar peralihan kuasa harus bermula segera.
Penyokong Mubarak untuk kali pertamanya keluar di jalanan dalam jumlah yang besar semalam, namun jumlahnya jauh lebih kecil berbanding penunjuk perasaan prodemokrasi.

Awal tengah hari semalam, penyokong Mubarak itu merempuh rantaian manusia yang dibuat oleh penunjuk perasaan prodemokrasi yang cuba melindungi ratusan ribu yang lain di dataran Tahrir.

Penyokong kerajaan itu mencabut sepanduk yang mengecam Mubarak dan pergaduhan menyusul ketika mereka bergerak ke arah tengah dataran itu.

Pertempuran itu tercetus beberapa jam selepas jurucakap tentera membuat kenyataan melalui televisyen menggesa penunjuk perasaan bersurai.

Di ISKANDARIAH, bandar kedua terbesar Mesir, pertempuran juga tercetus di antara penyokong kerajaan dan penunjuk perasaan sebaik saja ucapan Mubarak itu yang disiarkan secara langsung oleh televisyen berakhir.

Barisan pembangkang yang termasuk Ikhwanul Muslimin yang diharamkan kerajaan dan tokoh pembangkang Mohammed ElBaradei, membalas desakan tentera dengan menyatakan lebih banyak tunjuk perasaan akan diadakan.

Kumpulan itu berkata mereka akan hanya berunding dengan naib presiden Omar Suleiman seperti yang ditawarkan kerajaan selepas Mubarak meletakkan jawatan. – Reuters/Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ucapan Mubarak dicemuh rakyat

Posted: 02 Feb 2011 08:21 AM PST

Dunia

Pengumuman Presiden Mesir 'disambut' dengan batu, kasut penunjuk perasaan

KAHERAH: "Berani dia membuat kenyataan seolah-olah kami ini budak-budak," kata seorang penunjuk perasaan di dataran Tahrir di Kaherah selepas mendengar ucapan presiden Hosni Mubarak yang disiarkan secara langsung oleh televisyen awal pagi semalam.

"Jika dia mahu kekal sehingga September kami juga akan kekal membuat tunjuk perasaan sehingga itu," kata penunjuk perasaan itu.

Hampir sejuta penunjuk perasaan yang membanjiri dataran di pusat bandar Kaherah itu mengikuti secara langsung ucapan Mubarak melalui laporan rangkaian televisyen al-Jazeera yang ditayangkan di skrin besar. Ketika presiden yang dituntut rakyat berundur segera itu mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding melanjutkan tempoh jawatan pada pemilihan presiden September ini, penunjuk perasaan menjerit kemarahan.

Skrin besar yang memaparkan wajah Mubarak itu dibaling dengan batu, diiringi laungan berkali-kali "Irhal, irhal" (berambus, berambus).

Pada satu ketika penunjuk perasaan menunjukkan kasut ke arah skrin berkenaan- satu penghinaan dalam budaya Arab.

Rata-rata penunjuk perasaan tidak puas hati dengan pengumuman Mubarak itu. Malah mereka bukan saja menuntut Mubarak berundur segera tetapi keseluruhan rejim parti Demokratik Kebangsaan pimpinannya.

"Mungkin pengumuman itu memadai untuk menyejukkan hati kami beberapa hari lalu, tetapi sekarang ia sudah terlambat," kata Amr Gharbeia, seorang aktivis yang memasang khemah di dataran itu.

"Ia hanya membuat kami marah," kata seorang lagi penunjuk perasaan, Ibraheem Kabeel, seorang doktor berusia 26 tahun.

Seorang tokoh aktivis terkenal, Gamila Ismail, menolak tawaran presiden itu.
"Dia langsung tidak faham. macam mana boleh diadakan pilihan raya umum yang bebas dan adil jika sistem politik yang dicemari undang-undang darurat masih kekal," katanya.

"Bagaimana boleh ada keadilan politik jika kerajaan menguasai semua institusi politik," katanya. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan