Sabtu, 15 Januari 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Rempuhan: Lebih 100 penganut Hindu maut

Posted:

Rempuhan: Lebih 100 penganut Hindu maut

Rempuhan: Lebih 100 penganut Hindu maut

THIRUVANANTHAPURAM, India 15 Jan. - Satu rempuhan berpunca daripada nahas jalan raya pada waktu malam di sebuah hutan tebal, mengorbankan lebih 100 penganut Hindu di negeri selatan India, Kerala, lapor polis dan pegawai hari ini.

Timbalan Jeneral Polis negeri memberitahu pemberita, seramai 102 maut dalam kejadian tersebut.

Menteri Hal Ehwal Kuil Kerala, Ramachandran Kadannappally berkata, pegawai di kuil sebuah Hindu meletakkan jumlah korban sekitar 100 orang.

Ketua Menteri Kerala, V.S Achuthanandan meminta satu mesyuarat tergempar diadakan ketika Perdana Menteri India, Manmohan Singh menjanjikan bayaran pampasan sebanyak 100,000 rupee (RM6,908) kepada setiap keluarga yang anggotanya terbunuh, lapor Press Trust of India.

"Ini adalah satu insiden yang malang. Perdana Menteri telah menghubungi kami dan menjanjikan langkah-langkah yang bakal diambil.

"Kerajaan saya akan menentukan jumlah pampasan yang patut diberi," kata Achuthanandan kepada CNN-IBN.

Beratus-ratus ribu penganut Hindu berkumpul di kuil Sabarimala yang terletak di puncak bukit malam semalam, bagi menghadiri hari terakhir festival agama tahunan yang diadakan selama dua bulan.

Kadannappally berkata, sebuah bas membawa penganut Hindu dalam perjalanan pulang ke negeri jiran, Karnataka, berlanggar dengan sebuah jip sebelum hilang kawalan dan melanggar orang ramai yang berada di tempat kejadian.

Orang ramai yang panik bertempiaran lari menyelamat diri menyebabkan insiden rempuhan berlaku.

"Operasi menyelamat sangat sukar dilaksanakan kerana insiden berlaku di hutan tebal yang jalan-jalannya sangat sempit," katanya. - Reuters

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tentera China di Korea Utara

Posted:

Tentera China di Korea Utara

Tentera China di Korea Utara

SEOUL 15 Jan. - China dilapor sedang berbincang dengan Korea Utara tentang rancangan menempatkan tenteranya di negara komunis tersebut buat kali pertama sejak 1994, lapor sebuah akhbar Korea Selatan hari ini.

Akhbar Chosun Ilbo memetik seorang pegawai di pejabat dan kediaman rasmi Presiden, Blue House sebagai berkata, Beijing dan Pyongyang baru-baru ini membincangkan butiran untuk menempatkan tentera China di bandar Rason, timur laut Korea Utara.

Pegawai yang enggan mendedahkan namanya itu berkata, tentera terlibat akan berperanan melindungi kemudahan pelabuhan China tetapi lokasi itu juga memberikan akses ke Laut Jepun.

Seorang lagi pegawai keselamatan dipetik berkata, rancangan menempatkan tentera itu akan membenarkan China campur tangan sekiranya pergolakan berlaku di Korea Utara.

Seorang jurucakap Blue House bagaimanapun berkata, dia tidak mempunyai sebarang maklumat tentang perkara tersebut.

"Korea Utara dan China mengadakan perbincangan tentang isu menempatkan pasukan kecil tentera China bagi melindungi kemudahan pelabuhan di zon ekonomi khas Rason.

"Penempatan tentera China di situ adalah untuk mengawal kemudahan tersebut dan melindungi rakyat negaranya," kata seorang pegawai yang enggan dikenali seperti yang dipetik akhbar berkenaan.

China dilapor mendapat hak menggunakan satu jeti di Rason pada 2008 sekali gus memberikannya akses ke Laut Jepun, ketika kebergantungan Korea Utara ke atas Beijing berterusan, di tengah-tengah kebuntuan rundingan nuklear dengan Amerika Syarikat (AS) dan sekutu-sekutunya.

Pasukan akhir tentera China meninggalkan Korea Utara pada 1994 apabila China menarik diri daripada Suruhanjaya Perjanjian Gencatan Senjata Ketenteraan yang menyelia perdamaian sementara yang menamatkan perang Korea 1950-1953.

Duta Keselamatan Antarabangsa Seoul, Nam Joo-Hong memberitahu akhbar Chosun Ilbo, China mungkin akan mengerahkan ramai anggota tenteranya ke Korea Utara sekiranya pergolakan berlaku di negara komunis tersebut. - AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan