Sabtu, 1 Januari 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Beckham saman pelacur RM77j

Posted: 31 Dec 2010 08:29 AM PST

IRMA...disaman.
IRMA...disaman.

LOS ANGELES: David Beckham mengambil tindakan memfailkan saman terhadap pelacur, Irma Nici yang mendakwa melakukan hubungan seks bersamanya.

Beckham memfailkan saman AS$25 juta (RM77 juta) terhadap Irma dan penerbit majalah In Touch Weekly yang menerbitkan kisah Irma itu dalam edisi September lalu.


"Saya tidak pernah bertemu Irma, apalagi meniduri atau membayarnya untuk khidmat seks," ujar Beckham dalam dokumen yang difailkan di Mahkamah Los Angeles, semalam.

Dalam pengakuannya, bintang bola sepak itu mendakwa Irma hanya mereka cerita mengenai pendedahan yang dibuat kepada majalah itu.


Beckham menafikan dia membayar untuk meniduri Irma bersama pelacur lain pada Ogos 2007 dan meniduri Irma sekali lagi di Hotel Claridges di London sebulan selepas itu.


Dia juga menegaskan dakwaan Irma bahawa Beckham melakukan hubungan seks bersamanya sebanyak lima kali sama sekali palsu.

"Kenyataan Irma menyebabkan saya dan keluarga menghadapi tekanan emosi serta menjejaskan kehidupan peribadi dan kerjaya saya," lapor Beckham dalam dokumen mahkamah.


Beckham bekas pemain bola sepak Manchester United dan Real Madrid kini bermain untuk LA Galaxy, mempunyai tiga anak hasil perkahwinan dengan Victoria, bekas anggota kumpulan Spice Girls. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Pengurus mayat banci hantu

Posted: 31 Dec 2010 08:26 AM PST

MEDELLIN: Seorang pengurus mayat meningkatkan kemahirannya ke satu lagi tahap apabila melancarkan gerakan membanci hantu di bandar kedua terbesar Colombia ini.

Setakat ini, kakitangannya sudah mengumpulkan 215 roh, 23 sempat di rakam dalam kamera dan video.


"Tidak boleh disangkal bahawa bangunan dan rumah di bandar ini berhantu.

"Sudah sekian lama kita mendengar cerita mengenainya dan kami berpendapat sudah tiba masanya untuk mendekati, mengumpul dan mengklasifikasikan mereka menerusi bancian," kata William Betancur.


Pemilik Rumah Pengurusan Mayat Betancur itu berkata, dia mula melakukan kerja itu beberapa minggu lalu dengan menghantar empat pekerja ke bangunan sekitar Medellin, 245 kilometer ke barat laut Bogota, ibu negara Colombia.


"Mereka kembali dengan mencatatkan penemuan dengan 215 hantu. Video dan kamera kami merakam 23 daripada mereka," katanya dengan bangga.

Menurutnya, hantu itu akan diklasifikasikan berdasarkan bunyi, sinaran cahaya atau imej.


Betancur berkata, dia menerima panggilan setiap hari daripada orang ramai dan syarikat dari Colombia dan juga seberang laut yang menawarkan bantuan termasuk kelengkapan pengesan hantu.

"Kami merancang untuk mengambil masa setahun bagi menjalankan bancian. "Kemudian kami akan menulis buku mengenainya, atau lebih jauh daripada itu, menerbitkan filem atau dokumentari," kata Betancur. - AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan