Berita Harian: Dunia |
Posted: 03 Jan 2011 03:02 PM PST Dunia Pada masa sama askar Yahudi terus bunuh penduduk PalestinBAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mencadangkan rundingan damai bersemuka dengan Presiden Palestin sehingga perjanjian damai dicapai. Syor itu dianggap mampu menggerakkan semula proses rundingan tetapi diragui kerana rejim Zionis terus membunuh penduduk Palestin, terbaru di bandar Nablus, Tebing Barat. Dalam kejadian itu, askar Israel menembak mati seorang warga Palestin dekat sekatan jalan kurang 48 jam selepas seorang penunjuk perasaan wanita maut kerana asap gas pemedih mata tentera Yahudi.Cadangan Netanyahu ditujukan kepada pemimpin Israel dan Palestin untuk
Presiden Palestin, Mahmud Abbas, sebaliknya, menggesa supaya pembinaan penempatan Yahudi dibekukan terlebih dulu.
Tetapi, ketua perunding Palestin, Saeb Erekat menyifatkan tawaran Netanyahu hanya cakap kosong sebaliknya memintanya menerangkan butir-butir perdamaian khususnya pengunduran penuh. Netanyahu berkata, beliau sedia berbincang dengan Mahmud Abbas atau Abu Mazen, secara bersemuka dan berterusan. "Jika Abu Mazen setuju dengan cadangan saya membincangkan semua isu utama, kita boleh tahu sama ada boleh capai persetujuan dengan cepat," katanya lagi. Netanyahu tidak memberi penerangan terperinci tetapi pendekatan terbarunya berdasarkan idea bahawa semua isu boleh diselesaikan. Presiden Barack Obama menjadikan rantau Asia Barat sebagai perkara penting apabila melancarkan rundingan damai terbaru di Rumah Putih, awal September lalu dan berikrar mencapainya pada September lalu. Tetapi, rundingan tajaan Amerika itu gagal mencapai persetujuan tiga minggu kemudian kerana keengganan Israel tidak membekukan pembinaan penempatan Yahudi. – AP/AFP |
Bapa bunuh anak dituduh ‘kebaratan’ Posted: 03 Jan 2011 03:01 PM PST Dunia PHOENIX: Seorang pendatang Iraq yang dituduh membunuh anak perempuannya kerana dia percaya anaknya terlalu kebaratan, akan dibicarakan bulan ini di Arizona dalam kes yang memberi kesedaran terhadap insiden digelar 'pembunuhan bermaruah' di Amerika Syarikat.Faleh Hassan Al Maliki, 50, berdepan hukuman penjara seumur hidup jika disabitkan. Pada Oktober 2009, dia memandu Jeep merempuh anak perempuannya, Noor Al Maliki, 20, kata pendakwa raya. Anaknya yang sekian lama mahu hidup dalam persekitaran biasa Amerika, koma selama dua minggu sebelum meninggal dunia, kes yang menimbulkan kemarahan. Faleh membawa keluarganya berpindah dari Iraq ke pinggir bandar ini di Glendale pada pertengahan 1990 an. Dia dan Noor Al Maliki mempunyai hubungan tidak baik, menurut polis dan rekod mahkamah serta rakan rapatnya.Pada usia 17 tahun, Noor enggan mengikuti kehendak bapanya yang mengatur perkahwinannya di Iraq, mencetuskan kemarahan bapanya, menurut satu dokumen mahkamah difailkan pendakwa raya. Pada usia 19 tahun, Noor berpindah ke pangsapurinya sendiri dan mula bekerja di sebuah restoran makanan segera namun berhenti dan meninggalkan tempat barunya selepas ibu bapanya kerap muncul di tempat kerja, memaksanya kembali ke rumah, kata dokumen. Lewat 2009, dia berpindah ke rumah keluarga teman lelaki, Raikan dan Amal Khalaf, sejurus selepas dia muncul di rumah mereka dan berkata dipukul ibu bapanya.
Kemudian pada 20 Oktober 2009, Noor melihat bapanya apabila dia dan Amal Khalaf melawat pejabat Jabatan Keselamatan Ekonomi. – Agensi |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan