Ahad, 2 Januari 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Ashtiani keluar makan malam bersama anak

Posted: 02 Jan 2011 01:58 PM PST

Dunia

Sakineh Mohammadi Ashtiani

Sakineh Mohammadi Ashtiani

Wanita curang tetap hadapi hukuman mati

TABRIZ: Seorang wanita Iran yang dijatuhi hukuman mati dengan direjam kerana curang dibenarkan keluar daripada penjara untuk makan malam bersama anak lelaki dan perempuannya kelmarin, beberapa jam selepas anak lelakinya merayu kepada badan kehakiman untuk mengampunkan ibunya.

Hukuman rejam sampai mati ke atas Sakineh Mohammadi Ashtiani ditangguhkan selepas bantahan antarabangsa, namun dia masih berdepan hukuman gantung sampai mati. Selepas makan malam bersama anaknya di tempat sama di mana anak lelakinya, Sajjad Ghaderzadeh sebelum itu bercakap kepada media, Ashtiani berkata dia tidak diseksa ketika di penjara.

"Ini semua khabar angin. Apa saja temuramah yang saya jalani setakat ini, saya memberinya secara sukarela. Tiada siapa memaksa saya. Saya bercakap atas kemahuan sendiri," katanya kepada media.

Ghaderzadeh, yang berdepan kes mahkamahnya sendiri selepas bercakap kepada dua wartawan Jerman mengenai hukuman ibunya, memberitahu media asing sebelum itu kelmarin, ibunya melanggar undang-undang Islam namun merayu belas ihsan dan keampunan.

"Pada pendapat saya ibu saya memang bersalah namun oleh kerana kami sudah kehilangan bapa, kami tidak mahu kehilangan ibu.
"Pada akhirnya kami meminta hukuman penalti ditukar kepada hukuman lebih ringan," katanya kepada media di bandar Tabriz di barat laut Iran.

Tidak jelas bila Ashtiani, yang didapati bersalah kerana curang dan dituduh bersubahat dalam pembunuhan suaminya akan kembali ke penjara. Ketika makan malam, ibu itu bercakap dalam dialek Turki dengan anaknya.

Ghaderzadeh memberitahu sidang media itu: "Hukuman rejam sampai mati ke atasnya sudah tercatat namun ia mungkin tidak dijalankan. Sekurang-kurangnya itulah yang kami harapkan."

Dua wartawan dari tabloid Jerman Bild am Sonntag ditahan Oktober lalu ketika sedang menemuramah Ghaderzadeh selepas memasuki Iran menggunakan visa pelancong. Berlin menggesa mereka dibebaskan.

Ashtiani berkata warga Jerman itu memalukannya namun tidak mengatakan punca sebenar.

"Saya mempunyai aduan mengenai dua warga Jerman yang memalukan saya.
"Mengapa mereka sanggup datang ke sini dan menyamar sebagai wartawan?" katanya kepada media. – Reuters


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Nasib wartawan Perancis kena tahan Taliban belum dibela

Posted: 02 Jan 2011 01:57 PM PST

Dunia

WARTAWAN berkumpul tanda sokongan terhadap Ghesquiere and Taponier di Marseille, 29 Disember lalu.

WARTAWAN berkumpul tanda sokongan terhadap Ghesquiere and Taponier di Marseille, 29 Disember lalu.

KABUL: Perancis belum melakukan apa-apa untuk membebaskan dua wartawannya yang ditawan sebagai tebusan oleh Taliban lebih setahun lalu, kata seorang jurucakap kepada kumpulan pemberontak Afghanistan itu kelmarin.

Wartawan televisyen France-3, Herve Ghesquiere dan Stephane Taponier, bersama jurupandu warga Afghan diculik pada Disember 2009 di satu kawasan timur laut bandar ini. Mereka muncul dalam satu video dipercayai direkod dua bulan lalu oleh Taliban.

Seorang jurucakap Taliban berkata, Ghesquiere dan Taponier masih ditahan pergerakan pemberontak namun kerajaan Perancis belum memberi maklum balas terhadap tuntutan mereka. "Sebab itulah mengapa mereka masih bersama kami ketika ini.

"Kerajaan Perancis tidak melakukan apa-apa untuk membebaskan kedua-dua warganya," kata Zabiullah Mujahid kepada The Associated Press menerusi telefon.

Perancis menegaskan mereka komited untuk membebaskan kedua-dua lelaki terbabit.

"Kami akan menggerakkan semua usaha sehingga mereka dibebaskan.
"Selama setahun, terdapat perbincangan untuk membenarkan teman senegara kami kembali kepada keluarga dengan selamat," kata Kementerian Luar Perancis dalam satu kenyataan. – AP


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan