Utusan Online - Luar Negara |
Mahkamah AS benarkan perkahwinan pasangan sejenis di California Posted: 26 Jun 2013 10:41 AM PDT WASHINGTON 27 Jun - Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) semalam membenarkan perkahwinan sejenis di California selepas mendapati undang-undang larangan perkahwinan gay di negeri itu tidak termaktub dalam Perlembagaan. Mahkamah memperoleh keputusan undian 5-4 yang memihak kepada penyokong perkahwinan sejenis. Kenyataan mahkamah menyebut, tiada peraturan sah larangan perkahwinan gay di California dan negeri-negeri lain. - REUTERS |
Pusat logistik tentera AS di Kyrgyzstan bakal ditutup Posted: 26 Jun 2013 10:40 AM PDT MOSCOW 27 Jun - Amerika Syarikat (AS) bakal kehilangan sebuah pusat logistik tentera terpenting di Asia Tengah pada tahun depan, selepas Presiden Kyrgyzstan, Almazbek Atambayev, semalam membatalkan perjanjian pajakan pangkalan tentera tersebut. Almazbek menandatangani peraturan yang menolak perjanjian pajakan 2009, berkuatkuasa Julai tahun depan selepas Parlimen Kyrgyzstan meluluskan undang-undang berkenaan pada minggu lalu. Pangkalan Udara Manas yang dilabel sebagai Pusat Transit, merupakan pusat logistik tentera AS bagi operasi mereka di Afghanistan sejak 2001. Pada 2009, AS menandatangani perjanjian pajakan tahunan bernilai AS$60 juta (RM191.6 juta). Perjanjian tersebut tamat tempoh pada tahun depan dan Kyrgyzstan berhak menolak untuk membaharui perjanjian itu. - DPA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan