Utusan Online - Luar Negara |
Dua pesawat tentera India ceroboh Pakistan diusir Posted: 11 Jun 2013 10:14 AM PDT ISLAMABAD 12 Jun - Tentera Udara Pakistan (PAF) mengerahkan jet tempur untuk mengusir dua pesawat milik tentera India yang didakwa menceroboh ruang udara negara ini, semalam. Jurucakap PAF, Kapten Tariq Mehmood berkata, insiden berkenaan berlaku apabila dua pesawat India menceroboh ruang udara Pakistan sejauh tiga batu nautika di wilayah timur Punjab kira-kira pukul 10.40 pagi (1.40 petang waktu Malaysia). Tindakan PAF menghantar dua jet tempur menyebabkan pesawat India berkenaan keluar dari ruang udara Pakistan," katanya. - DPA |
Rundingan Korea Utara, Selatan dibatalkan Posted: 11 Jun 2013 10:13 AM PDT SEOUL 12 Jun - Rundingan peringkat tertinggi antara Korea Selatan dan Korea Utara yang dijadualkan berlangsung pada hari ini, dibatalkan selepas Pyongyang hanya menghantar wakil perunding berpangkat rendah. Kementerian Penyatuan Korea Selatan yang mengesahkan perkara itu semalam berkata, pertemuan penting berkenaan sepatutnya diadakan hari ini dan esok, bagi meredakan ketegangan kedua-dua negara berhubung isu penutupan zon perindustrian bersama Kaesong yang ditutup baru-baru ini. Bagaimanapun tiada butiran lanjut tentang tarikh baharu rundingan itu akan diadakan. - DPA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan