Selasa, 11 Jun 2013

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Puluhan rahsia akan didedah

Posted: 11 Jun 2013 01:39 PM PDT

Wartawan terus lapor risikan internet AS beberapa bulan lagi

Hong Kong: Wartawan yang mendedahkan program intipan Amerika Syarikat melalui internet berkata, maklumat baru akan terus dilaporkan kepada umum beberapa bulan lagi.

"Ada berpuluh-puluh cerita yang boleh disiarkan menggunakan dokumen yang diberi (oleh Edward Snowden)," kata Glenn Greenwald.
"Kami akan buat pendedahan lebih penting untuk beberapa minggu dan bulan lagi," katanya kepada akhbar The Guardian.

Greenwald membuat pendedahan kepada media mengenai program pengintipan Amerika itu menggunakan maklumat dibocorkan oleh Snowden, kontraktor pertahanan Amerika.

"Kami akan buat pendedahan lebih penting untuk beberapa minggu dan bulan lagi," katanya kepada akhbar The Guardian.

Greenwald berkata, keputusan itu dibuat ketika memutuskan detik menyiarkan maklumat, Snowden, 29, pekerja Booz Allen Hamilton.

Gesa Snowden dihukum
Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Senat, Dianne Feinstein dari California menyifatkan Snowden melakukan 'khianat' dan wajar dihukum.

Dalam laporan Greenwald, minggu lalu, dia mendedahkan bagaimana Amerika mengumpul maklumat menerusi telefon dan internet.

Tidak diketahui di mana Snowden bersembunyi meskipun dipercayai masih ada di Hong Kong.

Dakwaan atau waran tangkap belum dikeluarkan terhadap Snowden.

Sementara itu, di SYDNEY, pengasas WikiLeaks, Julian Assange, menyifatkan Snowden sebagai 'seorang wira.'

Assange juga berhubung secara langsung dengan bekas kakitangan ejen risikan pusat Amerika itu.

Assange bersembunyi di kedutaan Ecuador di London sejak hampir setahun lalu, selepas cuba mendapatkan perlindungan bagi mengelak dihantar ke Amerika kepada mendedahkan kabel diplomatik Amerika. - AP/AGENSI

Tokoh korporat dapat anugerah

Posted: 11 Jun 2013 01:36 PM PDT

Kuala Lumpur: Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-Pakistan (MALPAK), Datuk Salim Fateh Din, dianugerahkan Tamgha-e-Imtiaz (Pingat Kecemerlangan), antara anugerah tertinggi Pakistan berikutan usahanya memperkenalkan negara itu sebagai destinasi mesra pelaburan.

Hargai sumbangan

Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, Shahid M G Kiani, berkata Pakistan amat menghargai jasa Salim yang membawa kepada penubuhan MALPAK pada 2011.

Berikutan itu, MALPAK bertindak sebagai landasan terbaik memperkenalkan dan memasarkan produk pertanian dari Pakistan ke pasaran Malaysia.

"Anugerah ini antara yang tertinggi di Pakistan dan usaha Salim perlu dihargai kerana dengan kepemimpinannya, MALPAK menjadi alat penting memperkenalkan produk pertanian Pakistan," katanya dalam ucapan sempena penganugerahan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan