Harian Metro: Global |
Posted: 05 Jun 2013 11:41 AM PDT Athens: Seorang doktor menceritakan pengalaman beliau menyambut bayi yang dilahirkan dengan ketubannya masih belum pecah. Pakar obstetrik Dr Aris Tsigris menyiarkan gambar bayi yang baru lahir itu dalam laman Facebooknya selepas menyambut kelahirannya menerusi pembedahan caesarean di Amarousion, utara Athens.
Ia dipenuhi dengan cecair pudar dan jernih, tempat bayi belum lahir terapung dan bergerak.
BAYI itu dilahirkan bersama dengan pundi ketuban yang masih belum pecah. JESSICA Alba bersama anaknya, Haven. Jumlah cecair amnion meningkat secara berperingkat ketika kehamilan sehingga minggu ke 38 apabila ia berkurangan sedikit sehingga bayi itu dilahirkan.
Menurutnya, bayi itu tidak berdepan dengan bahaya kerana ia masih makan melalui uri dan mula bernafas sebaik ketuban itu pecah.
|
Komando tentera laut AS tukar jantina Posted: 05 Jun 2013 11:14 AM PDT Seorang anggota komando tentera laut Amerika Syarikat yang pernah mendapat pujian kerana khidmatnya, mengejutkan rakannya dengan misi terbaru menjadi seorang wanita. Chris Beck yang pernah menganggotai Kumpulan Enam Pasukan SEAL Tentera Laut Amerika Syarikat itu, mendedahkan bahawa dia kini ialah Kristen Beck.
Beck pernah dikerah 13 kali dalam misi Kumpulan Enam Navy SEAL yang menjadi terkenal selepas membunuh pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden di Pakistan.
"Saya meninggalkan segala bentuk kepura-puraan saya dan memaklumkan kepada dunia mengenai identiti baru saya sebagai wanita," katanya dalam laman itu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan