Harian Metro: Global |
Posted: 27 Jun 2013 10:14 AM PDT London: Seorang tuan rumah terkejut mendapati rumah yang dibelinya dengan harga £450,000 (RM2.25 juta) menerusi satu lelongan berisi sampah sarap setinggi lebih satu meter setengah yang berlonggok selama bertahun-tahun. Pemaju hartanah Mehmet Koch, 33, membeli rumah teres empat tingkat itu di utara London untuk dijadikan pelaburan bersama adiknya, Abbas.
Mehmet yang syarikatnya, Kaya Properties memiliki 10 rumah di sekitar London, terkejut apabila membuka pintu rumah yang terletak di Finsbury Park itu.
KEADAAN rumah yang dibeli Mehmet penuh dengan sampah-sarap. BAHAGIAN luar rumah Mehmet. Mehmet tidak dapat menaiki tangga ke tingkat atas kerana ia juga penuh dengan sampah.
"Kami simpati kepada mereka yang menetap di rumah ini sebelum ini. Bagaimana mereka boleh tinggal dengan keadaan seperti ini dalam abad ke-21?" kata Mehmet.
|
Posted: 27 Jun 2013 09:51 AM PDT Purranque (Chile): Doktor di Chile bingung apabila seorang wanita mengalirkan air mata darah. Yaritza Oliva ketakutan apabila kejadian ganjil itu mula menimpanya awal bulan ini.
Yaritza mengunjungi doktornya tetapi apabila tiada tanda jangkitan ditemui, dia disuruh pulang dengan diberikan ubat titis mata untuk menangani kesakitan yang menurutnya, tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Setakat ini hanya terdapat tiga kes yang dicatatkan yang mungkin menjadi tanda kepada penyakit lebih serius atau ketumbuhan atau berpunca daripada paras hormon yang tinggi pada wanita subur. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/28 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan