Berita Harian: Dunia |
AS lakukan intipan internet sejak 9/11 Posted: 28 Jun 2013 02:00 PM PDT Hasil risikan patah 54 komplot serangan pengganas Washington: Amerika Syarikat (AS) mula melakukan intipan ke seluruh dunia menggunakan telefon dan komunikasi menerusi e-mel dan data internet selepas serangan 11 September 2001 (9/11). Pengintipan itu membolehkan penghantar dan penerima setiap mesej dikesan termasuk alamat IP membolehkan lokasi pengguna diketahui" Keith Alexander, Pengarah Agensi Keselamatan Kebangsaan AS Dalam pendedahan terbaru mengenai pengintipan itu, akhbar The Guardian melaporkan, awalnya ia hanya membabitkan komunikasi warga asing sebelum ia diperluaskan pada 2007. Kesan lokasi pengguna Pengintipan itu membolehkan penghantar dan penerima setiap mesej dikesan termasuk alamat IP membolehkan lokasi pengguna diketahui. Sebanyak 25 tangkapan berlaku di Eropah, 11 di Asia dan 5 di Afrika. Sebanyak 13 komplot berlaku di AS. Pendedahan terbaru The Guardian menunjukkan NSA mengumpul data internet membabitkan warga Amerika termasuk pengguna telefon. The Guardian sebelum ini menyiarkan dokumen rahsia mengenai program intipan diberi nama 'Prism' membolehkan NSA memeriksa komunikasi internet di Amerika yang membabitkan warga asing. Pendedahan terbabit tidak menjelaskan bentuk isu kandungan e-mel yang diperiksa. Intip warga asing Selain itu. dalam 53 daripada 54 kes membabitkan intipan ke atas komunikasi internet warga asing. Alexander berkata, hampir separuh daripada maklumat antikeganasan NSA adalah daripada pemantauan internet. - REUTERS |
Juri kenakan penyerang Boston 30 dakwaan Posted: 28 Jun 2013 01:49 PM PDT Boston: Juri mengenakan 30 dakwaan terhadap belia keturunan Chechya, Dzhokhar Tsarnaev (gambar), berhubung serangan di maraton Boston yang membunuh tiga orang dan mencederakan lebih 260 peserta, pada April lalu. Ia termasuk menggunakan senjata pemusnah besar dan membunuh dengan meletupkan bom di tempat awam. Pendakwa Raya Persekutuan berkata, 17 daripada dakwaan itu membawa kepada hukuman mati. Tsarnaev akan dihadapkan ke mahkamah untuk menghadapi dakwaan rasmi pada 10 Julai ini. Pendakwa raya membuat pengumuman itu selepas menyoalnya di hospital selama beberapa minggu. Tsarnaev dan abangnya, Tamerlan dituduh menggunakan bom tekanan dekat tempat penamat maraton 15 April lalu. Adik beradik itu juga dikatakan membunuh seorang pegawai polis kampus Institut Teknologi Massachusetts (MIT) ketika mereka diburu selepas itu. Kena tembakan di kerongkong Pelajar universiti terbabit terkena tembakan di kerongkongnya dan hanya dapat memberi jawapan secara bertulis. Dakwaan menuduh mereka berkomplot untuk melakukan serangan ke atas maraton ke-117 Boston pada Februari lalu. Video yang disiarkan polis ketika itu menunjukkan dua pemuda berjalan di celah orang ramai dengan membawa beg sandang mengandungi bom itu. Mereka dituduh membuat lima bom buatan sendiri, membawa senapang separuh automatik, sebilang parang dan pisau ketika masuk ke MIT dan menembak mati anggota polis berkenaan. - AFP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan