Harian Metro: Global |
Posted: 17 Jun 2013 09:24 AM PDT London: Seorang pelajar yang tidak mampu membayar sewa rumah membeli sebuah bot untuk didiami ketika belajar di universiti. Langkah pelajar geografi fizikal, Joe Pearce membolehkan dia berjimat sebanyak £5,600 (RM28,000).
Pearce tinggal di bot kelas Falmouth Gypsy sepanjang tujuh meter itu selama 14 bulan ketika belajar untuk ijazah sarjananya di Universiti Aberystwyth.
PEARCE tinggal selama 14 bulan di dalam botnya. PEARCE terpaksa membongkok untuk berjalan di dalam bot. PEARCE berdiri di hadapan botnya. "Rakan saya teruja dan menyangka saya membeli kapal layar yang glamor. Mereka terkejut apabila melihat bot yang saya beli. Zamannya untuk belayar sudah berlalu dan bagi saya, hidup di dalamnya seperti menjalani perkhemahan mewah atau tinggal di dalam khemah kayu!" Bot itu dilengkapi enjin buatan 1970 dan bahagian tertingginya ialah 1.7 meter, Ia menyukarkan Pearce bergerak kerana ketinggiannya hampir dua meter.
"Semua orang di limbungan itu begitu baik dan membantu saya memasang bot berkenaan kerana saya tidak berpengalaman. Saya hanya perlu membayar £1(RM5) sehari untuk menyimpannya di situ.
|
Wanita cakap loghat Perancis lepas nahas Posted: 17 Jun 2013 09:18 AM PDT Melbourne: Seorang pemandu bas Tasmania bercakap dengan loghat pekat bahasa Perancis selepas cedera serius di kepala dalam satu kemalangan kereta. Leanne Rowe ialah seorang daripada 62 orang di dunia dan yang kedua di Australia disahkan menghidap penyakit yang amat jarang berlaku yang dikenali sebagai 'Sindrom Loghat Asing.' Leanne mula bercakap bahasa yang berbunyi seperti loghat Perancis apabila terjaga di Hospital Austin di Melbourne selepas patah tulang belakang dan rahang akibat kemalangan kereta.
Tetapi, selepas lapan tahun pulih, masalah itu masih berterusan dan loghat bahasa Perancisnya masih pekat.
Anak Leanne, Kate Mundy kini banyak bercakap untuknya di tempat awam.
Doktor keluarga mereka, Robert Newton percaya Leanne mengalami Sindrom Loghat Asing teruk dan mengaku tidak pernah berdepan keadaan seperti itu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan