Ahad, 16 Jun 2013

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Mesir, Syria putus hubungan

Posted: 16 Jun 2013 02:28 PM PDT

Damsyik: Kerajaan Syria mengutuk keputusan Mesir untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan menyifatkan Kaherah akur kepada hasutan Amerika Syarikat dan Israel.

Damsyik juga menggelar sokongan Kaherah kepada pemberontak Syria untuk menggulingkan Presiden Bashar al-Assad sebagai tidak bertanggungjawab.

"Syria mengutuk tindakan tidak bertanggungjawab ini," kata seorang pegawai Syria kepada agensi berita SANA.

Pegawai itu berkata, Presiden Mesir, Mohamed Mursi termakan hasutan Amerika dan Israel apabila mengambil langkah memutuskan hubungan.

Keputusan tak disokong

"Syria yakin keputusan itu tidak disokong penduduk Mesir," kata pegawai itu yang menuduh langkah berkenaan bertujuan mengalihkan perhatian luar terhadap masalah dalamannya.

Selain memutuskan hubungan, Mursi juga memanggil pulang Kuasa Usaha Mesir di Damsyik.
Beliau juga meminta masyarakat antarabangsa mengenakan zon larangan terbang selain mengecam pembabitan Hizbullah di Syria.

Laporan lain menyatakan, 4,000 anggota Hizbullah dihantar ke Syria bagi membantu askar negara itu.

Ketika berucap kepada penyokongnya di Kaherah, Mursi berkata: "Hizbullah mesti tinggalkan Syria. Ini suatu keadaan serius. Hizbullah tidak wajar berada di Syria."

Mengenai pentadbiran Bashar, Mursi menyifatkan pemimpin itu tidak akan menjadi sebahagian daripada masa depan Syria selepas membunuh penduduk sendiri.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini mendedahkan 93,000 orang maut dalam konflik di Syria.

Ditadbir pemimpin Sunnah Mesir ditadbir pemimpin Sunnah, mazhab yang sama dianuti pemberontak Syria yang mahu menggulingkan Bashar dari puak Alawiyah, Syiah.

Diplomat Barat berkata, Washington menimbang untuk mewujudkan zon larangan terbang di beberapa kawasan di Syria.

Tetapi, Washington juga menekankan usaha itu lebih sukar dan mahal berbanding Libya selain ia tidak kepentingan nasional untuk melaksanakannya.

Sekutu Bashar, Russia yang membantah campur tangan tentera asing di Syria, berkata sebarang usaha itu adalah salah di sisi undang-undang antarabangsa. AFP

Sambut baik tapi ragu

Posted: 16 Jun 2013 02:24 PM PDT

Washington: Kuasa dunia secara berhati-hati mengalu-alukan pemilihan Hassan Rohani sebagai Presiden Iran yang baru kerana terus bimbang berhubung program nuklear Tehran.

Pemilihan ulama berhaluan sederhana berusia 64 tahun itu menamatkan cengkaman lapan tahun puak konservatif terhadap kuasa di negara konservatif itu.

Rohani menggunakan kenyataan pertamanya selepas kemenangan itu disahkan untuk mengumumkan bahawa negara Barat ada peluang baru melayan Republik Islam berkenaan dengan perasaan hormat dan mengiktiraf haknya.

Amerika Syarikat berkata, ia bersedia berdialog dengan Iran secara langsung berhubung program nuklear Tehran.

Penyelesaian diplomatik Rumah Putih berkata, dialog itu bertujuan mencapai penyelesaian diplomatik yang menangani sepenuhnya kebimbangan masyarakat antarabangsa berhubung program nuklear Iran.

Ia mengkritik kurangnya ketelusan, tapisan media, internet dan mesej teks ketika undian, selain persekitaran keselamatan yang mengehadkan kebebasan bersuara dan berhimpun.

Barat mengesyaki program berkenaan bertujuan membangunkan senjata nuklear, namun Iran menegaskan ia untuk tujuan keamanan seperti menjana tenaga.
Rohani sebelum ini berazam untuk memulihkan hubungan diplomatik dengan Amerika, yang terputus selepas pelajar Iran merampas kedutaan Amerika di Tehran pada 1979.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menggesa Iran memainkan peranan membina dalam hubungan serantau dan antarabangsa dalam satu mesej tahniah kepada Rohani sambil mengalu-alukan penyertaan tinggi pengundi dalam undian kali ini.

Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton sedia bekerjasama dengan Rohani untuk mencari penyelesaian diplomatik pantas program nuklear.

Ashton berkhidmat sebagai ketua perunding enam kuasa dunia yang menuntut untuk memeriksa program nuklear Iran.

Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius berkata Paris sedia 'bekerja' dengan Rohani, manakala Britain menggesanya membawa republik Islam itu 'ke laluan berbeza, begitu juga Menteri Luar Jerman, Guido Westerwelle. AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan