Kosmo Online - Dunia |
- Video datuk bandar hisap kokain cetus kemarahan
- Seorang maut dalam ketegangan agama di Iskandariah
- Laman web kerajaan Arab Saudi digodam
Video datuk bandar hisap kokain cetus kemarahan Posted: Video datuk bandar hisap kokain cetus kemarahan
TORONTO, Kanada - Satu klip video yang didakwa menunjukkan Datuk Bandar Toronto, Rob Ford menghisap dadah jenis kokain mencetuskan kemarahan orang ramai di negara ini. Video itu bagaimanapun tidak disiarkan secara meluas. Jadi agak sukar untuk memastikan ketulenannya. Laman web gosip, Gawker dan akhbar The Toronto Star melaporkan video itu dirakam oleh seorang lelaki yang mendakwa dia menjual kokain kepada Ford. Ford menyifatkan tuduhan itu sebagai merepek. Dia kemudian membuat komen sama sebanyak dua kali di luar pejabatnya dan menambah 'ada berita lain yang dimahukan oleh Toronto Star daripadanya'. Jurucakap polis Toronto, Mark Pugash memberitahu pihaknya memantau rapat perkembangan situasi terbabit. Toronto Star menyatakan dua orang wartawannya menonton satu klip video yang menunjukkan Ford duduk di atas sebuah kerusi dan menyedut sesuatu daripada botol kaca. Akhbar itu turut menuduh Ford membuat kenyataan antigay kepada pemimpin Liberal, Justin Trudeau. Timbalan Datuk Bandar Toronto, Doug Holyday mempersoalkan ketulenan video itu sambil menyatakan video boleh diubah dan pengedar dadah tidak boleh dipercayai. - AP | |
Seorang maut dalam ketegangan agama di Iskandariah Posted: Seorang maut dalam ketegangan agama di IskandariahISKANDARIAH - Seorang maut dan berpuluh-puluh yang lain cedera dalam pertempuran di antara penganut Kristian dan Islam lewat Jumaat lalu di luar sebuah gereja koptik di sini, lapor akhbar al-Ahram. Pergaduhan yang bermula di antara dua remaja lelaki, seorang beragama Kristian dan seorang penganut Islam bertukar menjadi persengketaan keluarga, sebelum mencetuskan pertempuran di wilayah barat Iskandariah. Kedua-dua belah pihak membaling bom api di antara satu sama lain, membuatkan pihak berkuasa terpaksa masuk campur dan mengosongkan kawasan sekitar gereja terbabit. Polis telah menahan lapan orang suspek selepas dua jam pergaduhan berlaku. Sejak bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak digulingkan pada tahun 2011, ketegangan agama di antara penganut Kristian dan Islam kian memuncak. Penganut Kristian mewakili sepuluh peratus daripada 84 juta penduduk Mesir. - Reuters | |
Laman web kerajaan Arab Saudi digodam Posted: Laman web kerajaan Arab Saudi digodamARAB Saudi telah menubuhkan satu inkuiri khas untuk menangani masalah serangan siber dan mengurangkan impaknya terhadap perkhidmatan internet. RIYADH - Beberapa buah laman web kerajaan Arab Saudi telah digodam secara serentak, jelas jurucakap kerajaan yang kaya dengan minyak itu pada Jumaat. Antara laman web yang digodam adalah laman web milik Kementerian Dalam Negeri. Laman web tersebut tidak dapat diakses selama sejam pada Rabu minggu lalu selepas menjadi sasaran serangan siber daripada beratus-ratus alamat IP dari beberapa buah negara berbeza. Pusat Kawalan Informasi Arab Saudi dikatakan telah memulakan inkuiri tentang bagaimana untuk menangani serangan seperti ini dan mengurangkan impaknya ke atas perkhidmatan dalam talian. Pada Ogos tahun lalu, syarikat gergasi minyak Arab Saudi, Aramco turut menjadi sasaran serangan siber yang bertujuan mengganggu proses pengeluaran minyaknya. - AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan