Harian Metro: Global |
Posted: 18 May 2013 07:31 AM PDT Cannes (Perancis): Aktor pemenang Oscar, Christopher Waltz mengakui dia menggigil ketakutan ketika seorang lelaki tidak dikenali mengacu pistol ke arahnya dan mengancam untuk meletupkan studio ketika pelakon terbabit diwawancara secara langsung. Waltz - memenangi Oscar untuk watak dalam dua filem arahan Quentin Tarantino - sedang diwawancara bersama seorang lagi aktor, Daniel Auteuil, apabila kedengaran dua das tembakan dilepaskan.
"Saya antara panel yang berada di pentas Studio Canal di tepi pantai apabila seorang lelaki mengacukan senjata api.
ANGGOTA keselamatan menahan penyerang terbabit. WALTZ (kanan) dibawa ke tempat selamat. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan berlaku apabila anggota keselamatan bertindak pantas menahan penyerang terbabit. Waltz berkata, dia tidak tahu atau mengenali lelaki yang cuba menembaknya itu.
Selepas diperiksa, polis mengesahkan lelaki terbabit hanya membawa pistol, bom dan pisau palsu.
|
Pekerja kian kreatif beri alasan tidak mahu datang kerja Posted: 18 May 2013 07:23 AM PDT London: Kajian yang dijalankan ke atas 1,000 pekerja dan 1,000 majikan menunjukkan kreativiti seseorang untuk memberi alasan semakin berkembang. Dalam kaji selidik itu, beberapa alasan pelik pernah dikemukakan seseorang pekerja untuk ponteng, termasuk kaki tercedera kerana dihempap tin kadang, brek tangan kereta rosak dan anjing peliharaan bergaduh.
Kajian berkenaan juga mendapati, ada pekerja sanggup mengaku cedera ketika melakukan hubungan seks dan memohon supaya dibenarkan untuk tidak datang ke tempat kerja.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan