Harian Metro: Global |
Posted: 23 May 2013 08:39 AM PDT Warsaw: Sekumpulan doktor di Poland mendakwa melakukan pemindahan muka menyeluruh terhadap seorang lelaki yang cedera teruk akibat kemalangan ketika mengguna mesin peralatan memotong batu. Pakar bedah di Pusat Onkologi Gliwice berkata, pembedahan selama 27 jam itu dilakukan ke atas seorang lelaki berusia 33 tahun yang menjadi mangsa kemalangan. Ketua kumpulan pakar itu, Adam Maciejewski berkata, pembedahan dijalankan pada 15 Mei lalu, hanya beberapa minggu selepas lelaki terbabit mengalami kemalangan. "Ia adalah pembedahan pemindahan muka untuk menyelamatkan nyawa pertama dijalankan sejurus selepas kemalangan berlaku," katanya.
Menurut Maciejewski, kemalangan itu berlaku pada 23 April lalu. Imej janaan komputer - yang disediakan hospital - menunjukkan kerosakan serius pada muka lelaki terbabit.
MANGSA kemalangan industri di Poland menunjukkan reaksi memberangsangkan enam hari selepas menjalani pembedahan. WAJAH pesakit lepas pembedahan. Dia mengalami kecederaan parah selepas tertembak mukanya secara tidak sengaja ketika memburu. - Daily Mail Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/23 |
Posted: 23 May 2013 08:29 AM PDT London: Set kopi termahal di dunia akan dilelong dan dijangka mencatat bidaan sehingga £4.5 juta (RM20.5 juta), lapor media semalam. Set itu mengandungi teko kecil setinggi 25.5 sentimeter dan menjadi teko paling penting di pasaran apabila ia dilelong firma Christie's di London bulan depan.
Teko perak itu - seberat 963 gram - dihasilkan pada 1738 untuk seorang ahli perniagaan berjaya. Ia menjadi perhatian utama dalam Pameran Perak Britain yang diadakan di Muzium Metropolitan di New York baru-baru ini. Hasil seni Lamerie diiktiraf terbaik berbanding tukang perak lain untuk tempoh 250 tahun. - AP Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/23 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan