Jumaat, 24 Mei 2013

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Konspirasi disyaki punca askar ditetak hingga mati

Posted: 24 May 2013 01:25 PM PDT

Polis turut siasat kaitan kes dengan pihak militan

London: Siasatan polis mengenai pembunuhan seorang anggota tentera, yang ditetak sehingga mati di jalan raya sibuk di ibu kota Britain semalam meneliti sama ada dua suspek kes itu, rakyat negara itu berketurunan Nigeria, sebahagian daripada konspirasi.

Kedua-dua suspek, berusia 22 dan 28, dikawal di hospital selepas ditembak dan ditangkap polis berikutan pembunuhan veteran perang Afghanistan, Lee Rigby, 25, pada waktu siang Rabu lalu. Mereka belum didakwa.
Banyak perkara cabang siasatan diikuti detektif dan siasatan berjalan lancar" Polis

Kaitan dengan militan

Detektif juga menyoal siasat seorang lelaki dan wanita, yang ditahan Khamis lalu kerana disyaki bersubahat melakukan pembunuhan, ketika cuba memastikan sama ada mereka yang bertanggungjawab mempunyai kaitan dengan militan di Britain atau luar negara.

"Ini siasatan besar, sukar dan bergerak pantas yang terus berkembang. Banyak perkara cabang siasatan diikuti detektif dan siasatan berjalan lancar," kata polis dalam satu kenyataan.

Salah seorang penyerang, dirakamkan melakukan pembunuhan itu ketika berdiri berhampiran mayat sambil memegang pisau dan pemotong daging dengan tangan berlumuran darah, dinamakan oleh rakannya sebagai Michael Adebolajo, warga tempatan yang memeluk Islam berusia 28 tahun. Tidak banyak diketahui mengetahui seorang lagi lelaki.
Pembunuhan itu, yang dilakukan sebulan selepas pengeboman Maraton Boston dan membabitkan orang Islam membunuh kali pertama di Britain sejak pengeboman bunuh diri yang meragut 52 nyawa di London pada 2005, membangkitkan ketakutan terhadap 'serigala sendirian', yang mungkin tidak mempunyai kaitan langsung dengan al-Qaeda.

Ketua polis berkata, mereka menempatkan 1,200 pegawai tambahan di jalan raya di London selepas tengah malam dan lokasi utama seperti tempat ibadat dan hab pengangkutan.

"Ia akan dinilai berdasarkan gambaran. Saya pasti bilangan akan meningkat," kata jurucakap polis.

Sumber yang rapat dengan siasatan berkata, penyerang dikenali oleh perkhidmatan keselamatan dalam negeri Britain, MI5, menimbulkan persoalan sama ada ia boleh dihalang.

Adebolajo mengedarkan risalah mengenai Islam, tetapi tidak dianggap ancaman serius, kata sumber kerajaan.

Satu lagi sumber berkata, latar belakang suspek - hampir 40 peratus penduduk London dilahirkan di luar negara - dan cara pembunuhan menjadikan ia sukar dihalang.

"Selain ia amat kejam, ia mudah dilakukan. Ia berteknologi rendah dan mencabar," kata sumber.

Suspek dikenali ramai

Salah seorang pemimpin Islam paling terkenal di Britain, Anjem Choudary, memberitahu Adebolajo dikenali oleh penduduk Islam lain sebagai Mujahid - bermaksud pejuang.

"Beliau pernah menghadiri demonstrasi dan aktiviti yang kami adakan pada masa lalu," katanya. - REUTERS

Tak jadi jumpa datuk bandar

Posted: 24 May 2013 01:24 PM PDT

Osaka: Dua wanita tua Korea Selatan yang pernah dipaksa bekerja di rumah pelacuran tentera ketika era perang Jepun secara tiba-tiba membatalkan pertemuan dengan Datuk Bandar Osaka, Toru Hashimoto selepas beliau enggan menarik balik kenyataan mengenai perlunya hamba seks ketika itu.

Hashimoto mencetuskan kemarahan di dalam dan luar negara apabila beliau minggu lalu berkata pelacuran tentera adalah perlu dan Jepun secara tidak adil mengatakan amalan ketika perang itu adalah biasa di kalangan tentera negara lain. - REUTERS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan