Ahad, 21 April 2013

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


157 maut gempa bumi di China

Posted:

157 maut gempa bumi di China

157 maut gempa bumi di China

BEBERAPA orang berehat di luar rumah yang hampir runtuh akibat gempa bumi kuat di Kampung Longmen, Sichuan, China semalam.


BEIJING - Gempa bumi kuat melanda wilayah Sichuan di barat laut China menyebabkan 157 orang mati dan lebih 5,00 lagi cedera semalam.

Pada 12 Mei 2008, gempa bumi kuat dengan skala 7.9 Richter melanda wilayah yang sama sehingga menyebabkan lebih 90,000 orang mati.

Menurut agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi terbaharu itu sekuat 6.6 pada skala Richter dengan kedalaman 12 kilometer dekat bandar Ya'an, daerah Lushan di wilayah Sichuan.

Gegaran gempa bumi itu dapat dirasai oleh penduduk di bandar Chengdu yang merupakan ibu negeri Sichuan menyebabkan orang ramai bergegas keluar dari beberapa buah bangunan.

Agensi berita Xinhua melaporkan, seramai 6,000 askar dihantar ke kawasan yang dilanda bencana.

Kebanyakan kematian berlaku di daerah Lushan yang turut menyebabkan bekalan elektrik dan air terputus akibat gempa bumi tersebut yang berlaku pada pukul 8.02 pagi waktu tempatan.

Ketika gempa bumi berlaku, kebanyakan penduduk masih berada di rumah, tidur dan bersarapan pagi.

Sebahagian penduduk berlari keluar dari rumah dengan hanya memakai seluar dalam dan selimut ketika berlari ke jalan raya.

Pihak berkuasa menyatakan, hampir keseluruhan bangunan di Kampung Longmen musnah akibat gempa bumi itu. - Agensi

Suspek kedua letupan bom Boston ditangkap

Posted:

Suspek kedua letupan bom Boston ditangkap

Suspek kedua letupan bom Boston ditangkap

WATERTOWN, Massachusetts - Polis Amerika Syarikat (AS) kelmarin menangkap suspek kedua dalam kejadian dua letupan bom buatan sendiri pada pertandingan Maraton Boston di Boston yang berlangsung pada Isnin lalu.

Suspek kedua yang ditangkap itu, Dzohkhar Tsarnaev yang berusia 19 tahun dan pelajar perubatan tahun kedua di sebuah universiti AS ditemui berlumuran darah akibat terkena tembakan oleh anggota-anggota polis di dalam sebuah bot di sini.

Dzohkhar diburu oleh anggota-anggota polis selepas abangnya, Tamerlan Tsarnaev, 26, mati dalam kejadian berbalas tembakan semasa mereka menaiki sebuah kereta.

Kedua-dua mereka dikenal pasti sebagai etnik Chechen dari selatan Rusia yang telah tinggal di AS selama sedekad.

Dzohkhar kini dirawat di sebuah hospital.

Kedua-dua mereka dipercayai tinggal di Cambridge, Massachusetts.

Pihak berkuasa masih belum mendedahkan motif mereka melakukan perbuatan itu kerana Dzohkhar masih dirawat.

Dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu itu, seramai tiga orang terbunuh dan 180 lagi cedera selepas dua butir bom buatan sendiri meletup dekat garisan penamat pertandingan Maraton Boston.

- Agensi

Polis Singapura siasat beberapa ancaman bom

Posted:

Polis Singapura siasat beberapa ancaman bom

Polis Singapura siasat beberapa ancaman bom

SINGAPURA - Seorang lelaki berusia 34 tahun ditangkap di Singapura kelmarin kerana membuat ancaman bom di beberapa lokasi di negara ini, kata polis semalam.

Bagaimanapun, polis tidak mendedahkan identiti lelaki dan kewarganegaraan lelaki itu. Menurut polis dalam satu kenyataan, lelaki tersebut membuat ancaman itu di dalam ruangan komen satu artikel berita tentang letupan bom pada pertandingan Maraton Boston.

Dalam kejadian di Boston, Amerika Syarikat itu, dua letupan bom yang berlaku dekat garisan penamat telah menyebabkan tiga orang mati dan 180 lagi cedera pada Isnin lalu. Artikel berita itu disiarkan di laman Yahoo! Singapura.

Membuat ancaman bom di Singapura merupakan satu kesalahan yang boleh menyebabkan pesalah dihukum penjara lima tahun atau denda sehingga AS$82,000 (RM248,951) atau kedua-duanya sekali.

Polis turut menyatakan, pihaknya sedang menyiasat satu ancaman bom pada pertandingan Maraton Singapura yang akan berlangsung pada Disember depan. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan