Berita Harian: Dunia |
Rayu pakar senjata kimia masuki Syria Posted: 30 Apr 2013 01:24 PM PDT Setiausaha Agung PBB pandang serius laporan perisikan Amerika New York: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, kelmarin merayu Syria sekali lagi membenarkan pakar memasuki negara itu dengan segera dan tanpa syarat bagi menyiasat dakwaan penggunaan senjata kimia, berkata ini adalah saat penting meletakkan pasukan itu di negara berkenaan. Siasatan meluas Syria mahu semua siasatan terhad kepada kejadian berhampiran Aleppo Mac lalu tetapi Ban mahu siasatan lebih meluas, termasuk kejadian Disember lalu di Homs. Ban membuat rayuan kemasukan itu dengan berdiri di sebelah pakar senjata kimia Sweden, Ake Sellstrom, bekas pemeriksa senjata kimia PBB di Iraq yang mengetuai pasukan itu, sebelum mereka bertemu secara sulit. Beliau memuji Sellstrom dan pasukannya kerana integriti dan bebas serta profesional. Jurucakap PBB, Martin Nesirky, berkata Ban dan Sellstrom membincangkan langkah yang diambil setakat ini dalam mengumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber. Katanya, mereka bersetuju siasatan mesti dilakukan bagi menentukan sama ada senjata kimia digunakan. Terdahulu, Ban menegaskan kepada wartawan aktiviti di kawasan berkenaan amat penting jika PBB boleh menunjukkan fakta dan menjelaskan semua keraguan mengenai isu terbabit. Beliau berkata, 29 April adalah Hari Memperingati Semua Mangsa Senjata Kimia. "Bagi menangani semua dakwaan itu, saya menggalakkan semua yang terbabit memikul tanggungjawab untuk membolehkan kami mengawasi dengan sempurna senjata pemusnah besar-besaran yang amat berbahaya ini," katanya. Dalam mesej sempena hari itu, Ban berkata dakwaan penggunaan berleluasa senjata menjijikkan ini di Syria bertindak sebagai peringatan kepentingan berterusan Konvensyen Senjata Kimia. - AP |
Mesir tarik diri rundingan nuklear Posted: 30 Apr 2013 01:22 PM PDT Geneva: Mesir kelmarin bertindak menarik diri daripada rundingan nuklear global sebagai bantahan, berkata negara lain tidak bertindak cepat untuk menjadikan Asia Barat sebagai zon bebas senjata nuklear. Kenyataan Kementerian Luar Mesir berkata, negara itu menamatkan pembabitannya dalam rundingan dua minggu di Geneva kerana kecewa berikutan zon itu belum ditubuhkan. Rundingan berlangsung sepanjang minggu. - AP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan