Sabtu, 27 April 2013

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Taliban mahu culik Musharraf

Posted: 27 Apr 2013 01:59 PM PDT

Isytihar pelancaran kempen serangan guling Kerajaan Afghanistan

Karachi: Pergerakan Taliban Pakistan ada rancangan menculik bekas Presiden Pervez Musharraf (gambar), manakala Taliban Afghanistan me-ngumumkan pelancaran kempen menggulingkan kerajaan pimpinan Hamid Karzai.

Agensi perisikan Pakistan sudah mengedarkan risalah menyatakan pergerakan Taliban di negara itu - Tehrik-e-Taliban Pakistan - mungkin cuba untuk menculik Musharraf apabila bekas pemimpin itu dibawa dari rumahnya ke mahkamah untuk mendengar pendakwaan baru, lapor Geo News.

"Pergerakan Taliban bekerjasama dengan kumpulan militan lain untuk menculik Musharraf," lapor media terbabit.

Arah perketat kawalan

Agensi keselamatan diarah memperketat kawalan bagi menggagalkan cubaan itu.
Sejurus selepas Musharraf pulang ke Pakistan daripada buangan bulan lalu, pergerakan itu mengumumkan pembentukan pasukan khas pengebom berani mati dan penembak tepat untuk membunuhnya.
Di Karachi, pemisah Taliban mengumumkan permulaan serangan terhadap kerajaan yang disokong Amerika Syarikat.

Mereka berikrar melancarkan serangan di seluruh negara ketika tentera asing mula berundur.

Pengeboman, serangan orang dalam terhadap tentera Afghanistan dan taktik khas tentera akan menyasarkan pangkalan udara antarabangsa dan bangunan diplomatik untuk memaksimumkan kematian.

Taliban terpinggir

Mereka memberi amaran rakyat Afghanistan yang bekerja untuk rejim Presiden Hamid Karzai supaya menjauhkan diri daripada kerajaan untuk mengelak terperangkap dalam keganasan, dan menggesa penduduk muda tidak menyertai pasukan polis atau tentera.

Operasi perang Perjanjian Pakatan Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan dijangka berakhir tahun depan, dan komander pasukan antarabangsa itu berkata tentera dan polis tempatan melakukan kejayaan hingga Taliban terpinggir.

Musim pertempuran Afghanistan secara tradisi bermula April atau Mei ketika salji surut.

Kenyataan terbaru Taliban meraikan permulaan pengunduran NATO, dengan berkata musuh terpaksa meninggalkan pangkalan tentera mereka. - AFP

Bekas pemimpin GAM dibunuh

Posted: 27 Apr 2013 01:57 PM PDT

Banda Acheh: Polis Aceh mengesyaki motif politik di sebalik pembunuhan seorang ahli politik tempatan oleh penyerang tidak dikenali kelmarin.

Muhammad Zainal Abidin, 33, anggota Parti Nasional Aceh (PNA), ditembak dua kali di belakang kepalanya selepas kenderaannya dirampas.

Sebelum menyertai PNA, Muhammad adalah anggota Parti Aceh, parti terdiri daripada bekas anggota militia yang pernah menyertai Pergerakan Bebaskan Aceh (GAM). - AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan