Berita Harian: Dunia |
Posted: 16 Apr 2013 02:19 PM PDT Cari bukti dua letupan dekat laluan Maraton Boston Boston: Amerika Syarikat mula memburu individu atau kumpulan bertanggungjawab meletupkan dua bom di garisan penamat Maraton Boston. Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengetuai sekumpulan agensi penguat kuasa undang-undang persekutuan, negeri dan tempatan untuk menyiasat kes. Bom meletup di tengah kesesakan orang ramai di garisan penamat, mencemarkan sambutan tahunan Hari Pahlawan ketika puluhan ribu penduduk memenuhi jalan raya untuk memberi sorakan. Bom itu menggunakan serbuk peluru selain diisi bebola besi dan serpihan lain untuk memaksimumkan kecederaan, kata seorang pegawai penguat kuasa kanan undang-undang yang diberi taklimat berhubung siasatan. Seorang pegawai Rumah Putih berkata kes itu akan dikategorikan sebagai tindakan keganasan namun masih belum dipastikan sama ada serangan itu datangnya dari sumber asing atau tempatan. "Ia adalah satu siasatan jenayah yang juga siasatan terhadap potensi keganasan," kata Richard DesLauriers, ejen khas FBI. Rakaman video menunjukkan ramai peserta menuju ke garisan penamat apabila bebola api dan asap berkepul dari belakang penonton yang bersorak dekat bendera negara peserta. Dua letupan itu berlaku kira-kira empat jam sembilan minit selepas perlumbaan bermula. "Saya lihat ada kaki penonton seperti hancur. Darah di merata-rata tempat. Kemudian mereka ditolak dengan kerusi roda," kata Joe Anderson. - REUTERS |
Posted: 16 Apr 2013 02:15 PM PDT Peshawar: Hakim Pakistan semalam memutuskan bekas Presiden Pervez Musharraf tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang, tamparan hebat kepada bekas pemerintah tentera itu yang baru kembali dari hidup dalam buangan untuk membuat kemunculan semula dalam arena politik, kata peguam. Seminggu lalu, hakim di daerah Chitral yang terpencil di utara memberikan kebenaran kepada Musharraf untuk bertanding dalam pilihan raya 11 Mei ini, walaupun beliau tidak layak di daerah lain kerana menggantung Perlembagaan dan memecat hakim kanan ketika masih berkuasa.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan