Harian Metro: Global |
Posted: Hangzhou (China): Gara-gara mahu sampai cepat ke rumahnya, seorang lelaki tersepit di antara dua dinding ketika pulang dari bar di Xinqiao di bandar Wenzhou, Zhejiang. Menurut media tempatan, Jian Tsui tersepit di situ begitu rapat sehingga dia sukar bernafas atau menjerit untuk meminta tolong.
Saksi berkata, Jian meninggalkan bar kira-kira jam 1 pagi dan meredah cuaca sejuk untuk pulang.
"Saya cuba menjerit meminta tolong, tetapi disebabkan tak mampu bernafas dengan betul, saya tak boleh menjerit," katanya. Jian bernasib baik kerana seorang penduduk kampung ternampak dia tersepit ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
Akhirnya, seorang pemilik rumah membenarkan anggota penyelamat menebuk lubang dinding rumahnya untuk selamatkan Jian. - DM Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/09 |
Posted: Tiga beradik ditahan selepas pihak berkuasa menemui rangka ibu mereka di rumah didiami pasangan terbabit, semalam. Menurut pihak berkuasa, pasangan adik-beradik itu mendakwa tidak melakukan sebarang kesalahan atas kematian ibu mereka.
"Mayat wanita itu disimpan anak-anaknya kerana mereka percaya si mati bertukar menjadi tuhan," katanya. Ekoran penemuan rangka itu, pihak berkuasa menahan dan mendakwa seorang lelaki berusia 65, dua wanita berusia 59 dan 52 tahun kerana bersubahat mengabaikan mayat.
Sumber berkata, pada awalnya penyiasat tidak dibenarkan masuk, malah dihalau dari situ.
Sementara itu, jiran berkata, satu ketika dulu, keluarga terbabit dihormati penduduk setempat, tetapi menimbulkan kecurigaan apabila melakukan amalan aneh.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan