Berita Harian: Dunia |
Posted: 07 Mar 2013 04:22 PM PST Marah Washington kempen kenakan sekatan baru Seoul: Korea Utara semalam berikrar akan melancarkan serangan nuklear awal ke atas Amerika Syarikat kerana percaya Washington menggerakkan usaha memulakan perang atom terhadap Pyongyang. Kenyataan juga menyebut Korea Utara memberi amaran kepada Majlis Keselamatan PBB supaya tidak mengulangi kesilapan seperti yang dilakukan pada 1950 apabila semua penduduk Korea dilayan sebagai hamba perang Amerika. Jurucakap Kementerian Luar Korea Utara berkata, negara itu akan menggunakan haknya melancarkan serangan nuklear awal untuk memusnahkan kubu musuh kerana Washington yang mendesak memulakan perang nuklear terhadap Korea Utara. Walaupun rejim komunis itu membesarkan cerita bom nuklear dan serangan awal, ia dirasakan tindak mempunyai kemampuan membina peledak peluru yang cukup kecil untuk diletakkan pada peluru berpandu, yang boleh tiba di Amerika. Ia dipercayai memiliki kuasa nuklear mencukupi untuk beberapa peralatan nuklear primitif. Ancaman perkara biasa Ancaman itu adalah perkara biasa dari Korea Utara, dan terutama sejak kebelakangan ini. Ia marah berhubung kemungkinan sekatan dan mengenai latihan ketenteraan Amerika dan Korea Selatan, yang akan datang. Pada satu perhimpunan besar-besaran di Pyongyang kelmarin, berpuluh ribu rakyat Korea Utara membantah latihan dan sekatan itu. Duta Russia ke PBB, Vitaly Churkin, yang kini menjadi presiden majlis itu berkata ia mengundi mengenai resolusi deraf sekatan itu pagi semalam. Resolusi dirangka oleh Amerika dan China, sekutu kuat Korea Utara. AS ketuai sekatan Kenyataan oleh jurucakap Kementerian Luar Korea Utara disiarkan oleh Agensi Berita Korea Pusat. Ia menuduh Amerika mengetuai usaha mengenakan sekatan ke atas negara itu. Kenyataan menyebut, sekatan baru itu hanya menyebabkan Korea Utara menunaikan ikrar terdahulu melancarkan serangan hebat kedua dan ketiga terhadap musuh. Kenyataan juga menyebut Korea Utara memberi amaran kepada Majlis Keselamatan PBB supaya tidak mengulangi kesilapan seperti yang dilakukan pada 1950 apabila semua penduduk Korea dilayan sebagai hamba perang Amerika. Korea Utara menuntut Majlis Keselamatan segera menutup Ibu Pejabat PBB diketuai Amerika di Seoul dan bertindak menamatkan perang di Semenanjung Korea, yang berlanjutan selama enam dekad selepas pertempuran tamat kerana gencatan senjata, bukan perjanjian damai, yang mengakhiri perang. Dalam menantikan resolusi itu diterima, Korea Utara terdahulu minggu ini mengancam membatalkan gencatan senjata 1953 yang menamatkan Perang Korea. - AP |
Posted: 07 Mar 2013 03:46 PM PST Milan: Mahkamah Itali semalam menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas bekas Perdana Menteri, Silvio Berlusconi, berhubung kebocoran maklumat berkaitan skandal perbankan oleh akhbar milik keluarganya pada 2006. Peraturan sistem perundangan Itali bermakna hartawan media berusia 76 tahun itu tidak akan dipenjara sehingga proses rayuan tamat.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan