Berita Harian: Dunia |
Dua penggemar daging manusia ditahan polis Posted: 02 Mar 2013 12:47 PM PST Pendakwaan di New York bantu pihak berkuasa Britain buat tangkapan London: Polis Britain melancarkan siasatan ke atas kewujudan kumpulan pemakan daging manusia selepas menahan seorang lelaki pertengahan usia dan anak lelakinya di rumah mereka di Canterbury. Potong puting payu dara mereka dan panggang bagi menghilangkan lemak. Baik untuk kentang panggang dan puding Yorkshire," Dale Bolinger, Suspek pemakan daging manusia Pakar forensik antara kumpulan 15 anggota polis yang menggeledah rumah Dale Bolinger, 57, dan menggali taman rumahnya. Serbuan itu yang turut menyaksikan anaknya, Rick, 30, ditahan selepas Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menyatakan pegawai polis di New York itu mempunyai 'mentor' di Britain. Bercerita di internet, Bolinger mendakwa makan daging seorang wanita dan budak lelaki berusia lima tahun serta memberi nasihat cara memotong kaki mangsa hidup-hidup dan memanggang di depan mangsa. Bapa kepada dua anak itu kelmarin menegaskan dia tidak bersalah apabila dibebaskan selepas ikat jamin. Mesejnya dengan pegawai polis berkenaan, Gilberto Valle, termasuk menyerang hendap mangsa dengan kayu besbol sekadar fantasi, katanya. Bolinger menggunakan nama 'MeatMarketMan' dan 'Moody Blues' di internet bertukar mesej dengan Valle, 28, yang dituduh merancang memakan isteri dan wanita lain yang dikenalinya. Bercakap di rumahnya kelmarin, Bolinger berkata: "Saya tak kenal lelaki itu. Kami tidak pernah berjumpa. Saya cuma berbual dengannya online." Perbualan mengerikan Perbualan mengerikan antara Valle dan Bolinger dibacakan di mahkamah: "Saya makan daging seorang wanita kulit hitam dan kulit putih." Valle turut mencadangkan resepi sup dengan menyifatkan daging manusia rasa seperti daging babi tetapi lebih kental. Bahagian hati perlu dimasak ringkas untuk membiarkan ia manis dan lembut manakala daging pada muka sedap dibuat sandwic. Cadangan lain ialah: "Potong puting payu dara mereka dan panggang bagi menghilangkan lemak. Baik untuk kentang panggang dan puding Yorkshire." Dalam perbualan lain, Valle berkongsi video percutian di Bahamas dengan seorang gadis dikenalinya, Kimberly Sauer, yang memakai bikini. Mereka membincangkan mengenai kelazatan daging gadis itu jika dia dipanggang. |
Warga Jepun, Vietnam, Filipina dilarang masuk restoran Posted: 02 Mar 2013 12:42 PM PST Pemilik tak kesal tapi turunkan notis cetus kontroversi Beijing: Satu notis di sebuah restoran di Beijing melarang warga negara Jepun, Vietnam dan Filipina serta anjing masuk kerana negara mereka ada pertikaian maritim dengan China, mencetuskan kemarahan penduduk tiga negara berkenaan di laman web. Saya tidak kesal. Cuma, saya banyak habiskan masa kerana terpaksa layan banyak panggilan mengenainya," Wang, Pengurus restoran Enggan minta maaf Gambar notis kontroversi itu disiarkan forum bahasa Vietnam dan banyak dilaporkan akhbar Filipina an Vietnam. Foto notis kontroversi itu banyak diulas forum bahasa Vietnam dan banyak disiarkan akhbar dan laman web Filipina minggu ini. Pengurus restoran Beijing itu enggan meminta maaf dan tidak kesal meskipun menurunkan notis itu selepas menyedari ia mencetuskan kritikan. Pengurus restoran yang hanya menggunakan nama Wang berkata, notis itu diturunkan kerana ramai yang bertanya. "Saya tidak kesal. Cuma, saya banyak habiskan masa kerana terpaksa layan banyak panggilan mengenainya," kata Wang. Kemarahan di internet Akhbar rasmi Vietnam, Tuoi Tre menyiarkan berita mengatakan notis itu mencetuskan kemarahan penduduk negara itu yang meluahkannya di internet. Ia mendakwa, ramai penduduk Vietnam merasakannya satu lagi contoh sikap nasionalisme keterlaluan China yang perlu dikutuk. "Itu bukan menunjukkan sikap patriotik tetapi tindakan bodoh," kata seorang penduduk Vietnam, Sy Van, di laman web akhbar itu. - AFP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan